Serious?!

Kreatif! Hospital ini berjaya kurangkan ketakutan anak kecil ke bilik bedah

Oleh  | 

KITA dapat lihat keresahan dan ketakutan yang terpancar di wajah anak-anak setiap kali ingin melangkah ke bilik pembedahan.

Tapi, ini yang dilakukan oleh doktor di sebuah hospital di Modesto, California apabila membeli dua biji kereta mainan berwarna merah jambu dan hitam.

Pihak hospital telah membeli kereta pertama berwarna merah jambu manakala kereta Mercedes berwarna hitam itu diderma oleh orang awam untuk kegunaan hospital.

Kereta berkenaan kini menjadi ‘kenderaan rasmi’ untuk mengurangkan ketakutan anak-anak kerana mereka akan memandu sendiri kereta tersebut untuk ke bilik pembedahan.

Mereka boleh memilih untuk menaiki mana-mana kereta. Pihak hospital juga mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk memberikan sumbangan kereta di hospital berkenaan.

Menarik dan bernas juga idea mereka kan? Ye lah, tak adalah kita dengan anak-anak menangis sebab cuak nak pergi bilik bedah. Mungkin kita boleh lakukan perkara yang sama dekat Malaysia. Pihak hospital dah boleh mula fikir-fikirkan kot.

Sumber: Dailymail

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my