Serious?!

Kreatif teruk! Pasangan ini guna brokoli dan pin lego di majlis pernikahan

Oleh  | 

ZAMAN moden sekarang ni banyak idea-idea menarik yang pelik tetapi unik boleh tercetus untuk majlis perkahwinan. Bila kita ke majlis kahwin atau tengok gambar-gambar majlis perkahwinan di media sosial, ada saja idea-idea baharu yang kita tak terfikir nak buat pun.

Perkahwinan kan cuma sekali seumur hidup so apa salahnya kita nak buat kelainan untuk majlis kahwin kita asalkan masih relevan dan tidak melanggar budaya. Betul tak girls?

Tular baru- baru ini di laman twitter seorang photographer @rajanazrin_ memuat  naik beberapa keping gambar majlis akad nikah yang agak “rare” dan kreatif. Percaya tak pengantin perempuan menggunakan brokoli  menggantikan hand flower dan pengantin lelakinya pula memakai pin lego sebagai ganti  butang baju melayu?

“Baru ni aku dapat customer yang paling sempoi. Kome tengok hand flower dia, pakai BROKOLI jeee. Lepastu letak manik. Look how cute it’s. Nampak simple tapi rare ! Silap-silap lepas habis kenduri terus buat masak paprik “

FOTO: Twitter @rajanazrin_

FOTO: Twitter @rajanazrin_

Kreatif dan sempoi kan? Apa yang menariknya hand flower brokoli itu dihiasi dengan manik putih di atasnya menjadikan bunga brokoli itu nampak stunning dan mewah.

Pelbagai respon daripada netizen menerusi ruangan komen tweet yang meraih 4000 retweet dan 2.9k likes ini. Rata-rata netizen memuji kreativiti pasangan pengantin ini untuk majlis pernikahan mereka.

FOTO: Twitter @rajanazrin_

FOTO: Twitter @rajanazrin_

FOTO: Twitter @rajanazrin_

Selain  brokoli dijadikan hand flower dan butang baju melayu lego, banyak je idea kreatif lain yang pernah dibuat seperti bunga kantan dan sebagainya. So, rasa-rasanya korang dah idea wow ke belum untuk majlis korang nanti? Fikir-fikirkanlah!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my