Be-You-Ty

Kulit muka serupa jalan tar akibat pori terbuka. Amalkan tips ini!

Oleh  | 

NAIK segan bila tengok kulit muka sendiri dekat cermin! Semua produk dah try untuk kawal tapi macam tak ada perubahan pun. Jealous sangat bila tengok muka kawan-kawan flawless sampaikan hilang confident. 

Jangan risau, setiap manusia mempunyai liang pori pada kulit dan perbezaannya hanyalah saiz pori tersebut. Fungsi liang pori pada kulit muka sebenarnya adalah untuk mengeluarkan minyak dan peluh secara semula jadi.

Tapi, apa penyebabnya saiz liang pori korang berbeza? Actually, saiz pori turut bergantung pada keadaan sekeliling dan perubahan cuaca. Korang kena tahu memang mustahil untuk hilangkan pori pada muka. So macam mana nak kawal daripada membesar? Nah sis bagi tips yang boleh korang amalkan.

Cuci Muka 

Pada korang yang nak kawal liang pori daripada membesar tu, korang wajib mencuci muka setiap hari dan pastikan korang guna pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit muka. Kalau boleh, korang pastikan untuk cuci muka lebih kurang dua kali sehari.

‘Moisturize your skin’

Jangan biarkan kulit korang kering . Gunakan pelembap muka yang bersesuaian sebanyak dua kali sehari. Dan pastikan korang stay hydrated supaya tak ada kekotoran yang boleh menyebabkan liang pori muka membesar.

‘Steam’ muka

Steaming muka merupakan salah satu cara yang baik untuk mengecilkan pori muka. Nak steam muka tak payah bersusah payah, kalau tak ada steamer senang je, korang amalkan dengan menggunakan wap air panas. Halakan  muka ke wap air panas selama 20 minit. Apabila selesai, lap wap dimuka dan sapukan ais yang bersih pada muka.

Gunakan ‘baking soda’

 Exfoliate kulit muka merupakan satu langkah yang penting untuk dapatkan kulit yang cantik. Campurkan sikit baking soda dengan air sehingga likat, dan urut pada kulit selama 5- 10 minit dan bilas dengan air sejuk. Baking soda berguna untuk bersihkan kotoran pada liang pori dan membuang sel-sel mati pada kulit.

Campuran skrub madu dan gula

Rajin-rajin lah scrub muka dengan dua bahan ni. Gaulkan kedua bahan dan urut ke muka selama 5  minit dan bilas denga air sejuk. Korang akan rasa perbezaan kebersihan kulit muka!

Sumber:Ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my