Be-You-Ty

Kulit muka tegang, tapi kulit di bahagian lain?

Oleh  | 

BANYAK wanita di luar sana yang meninginkan kulit tegang dan licin untuk kelihatan muda. Bila sebut pasal umur, mulalah kaum wanita akan menjadi sedikit sensitif. Amalan penjagaan kulit dengan betul sememangnya bagus. Kalau kita perhatikan banyak tips rutin penjagaan kulit yang telah dikongsikan di internet. Tinggal rajin tak rajin je korang nak maintain.

Sebanarnyakan sis nak tanya korang, apa matlamat korang untuk menjaga kulit? Mesti la nak kekal mudakan. Sama la macam sis pun. Tapikan, takkan nak jaga kulit muka je? Bagaimana dengan kulit dibahagian lain? Nanti kalau muka je tegang tapi kulit pada bahagian lain pula penuh denga garisan kedut, kusam dan sebagainya! Oh nooo!

Jangan risau guys, ini langkah mudah yang korang amalkan bagi mengelakkan kedutan kulit dibahagain badan.

via GIPHY

Antara salah satu punca mengapa kulit kita cepat berkedut adalah disebabkan kekeringan dan kurang kelembapan. Oleh sebab itu, korang kena rajin menggunakan krim pelembap pada badan tu. Carilah krim pelembap yang bersesuai dan kurang bahan kimia!

Selain dari itu, korang harus menggunakan krim pelindungan daripada sinar cahaya matahari. Sinaran cahaya matahari boleh merosakkan kulit jika terdedah dalam jangka masa yang tidak terkawal.

Tambahan lagi, korang juga harus rajin eksfoliasi bagi mengurangkan sel-sel kulit mati. Dengan cara ini, korang boleh menaikkan seri pada kulit!

via GIPHY

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk sentiasa kekal muda walaupun umur semakin meningkat!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my