Be-You-Ty

Kulit pedih akibat cahaya matahari terlalu panas? Korang mungkin terkena sindrom ‘Vampire’!

Oleh  | 

PERNAH tak kulit korang seolah-olah melecur akibat terlalu lama berjemur dibawah cahaya matahari yang terik? Bukan setakat rasa pedih, siap tumbuh gelembung seperti mengandungi air?

Korang tahu tak sebenarnya gejala-gejala itu sebenarnya dikenali sebagai sindrom ‘vampire’ atau drakula di Eropah kerana mempunyai kelemahan yang sama.

Sebenarnya ia adalah sejenis penyakit  yang dikenali sebagai fotodermatitis dan jarang berlaku di Malaysia. Namun ada beberapa perkara yang korang boleh amalkan untuk mengelakkan daripada masalah menjadi keruh.

Memakai pakaian yang tebal dan cerah

Adalah disarankan untuk pesakit mengenakan pakaian yang lebih tebal supaya dapat mendapat pelindungan daripada cahaya matahari ke kulit. Pesakit juga perlu mengelakkan memakai pakaian yang berwarna gelap kerana ia menyerap cahaya.

Krim SPF

Selain dari itu, pesakit juga perlu memakai krim penghalang cahaya matahari daripada mencederakan kulit. Krim yang mempunyai SPF yang tinggi dapat menghalang cahaya matahari dari membahayakan kulit. Amalkan menyapu krim tersebut 30 minit sebelum keluar daripada rumah. Kerap menyapu ketika berenang juga.

Elak cahaya panas matahari

Pastikan anda berada ditempat teduh pada sekitar jam 9 pagi sehingga 4 petang. Ini disebabkan cahaya matahari ketika ini mempunyai UV yang tinggi dan merbahaya pada pesakit.

Elakkan penggunaan lemon 

Kulit pesakit dikira sebagai kulit yang sangat sensitif and lemon mempunyai asid yang tinggi. Jadi elakkan penggunaanyya dan segala jenis produk yang mengandungi bahan terbabit. Pastikan mendapat saranan doktor terlebih dahulu

Foto: Unsplash

Dapatkan rawatan

Pastikan anda mendapatkan rawatan yang betul seperti produk atau krim penyejuk kortikosteroid tempatan, losyen atau gel yang bersesuaian untuk merawat kepedihan atau luka pada kulit.

Cahaya matahari memang boleh membahayakan kulit kita kalau kita terdedah dengan terlalu lama.

 

 

 

Sumber:Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my