Serious?!

Kumpulkan semua padanan di Tinder, gadis ini memulakan ‘The Bachelorette’ versinya sendiri!

Oleh  | 

SEORANG wanita di New York mencipta sejarah apabila mengumpulkan lebih 100 lelaki yang ditemuinya di Tinder, di satu tempat terbuka pada satu tarikh yang sama.

Nastaha Aponte, yang merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi  mengumpulkan semua lelaki tersebut di Union Square, di sebuah persembahan DJ oleh salah seorang rakan bernama Aponte.

Pada mulanya Aponte berjanji untuk bertemu mereka secara personal setiap seorang di sana.

Namun apabila mereka semua mulai sampai, Aponte muncul di pentas, mengumumkan dia sudah bosan menggunakan aplikasi temu janji (dating apps) dan mahu memberi peluang kepada semua lelaki di hadapannya bersaing untuk mendapatkan cintanya.

FOTO: CBS News

Salah seorang daripada lelaki tersebut, Amir Pleasants, 21, menceritakan pengalaman berada dalam The Bachelorette versi Aponte tersebut.

“Pada mulanya kami keliru, kemudian kebanyakan kami menyahut cabaran tersebut.”

Aponte memulakan permainan realiti ciptaannya tersebut dengan menyingkirkan semua lelaki di bawah ketinggian 5 kaki 10 inci, kemudian mengetepikan semua calon pasangan yang pernah ditinggalkan kekasih.

Beberapa lelaki yang tinggal diarahkan untuk membuat 30 tekan tubi, dan seterusnya beratur sebelum Aponte ‘swipe right’ untuk sesiapa yang dia suka.

Dilaporkan salah seorang daripada lelaki tersebut berjaya dalam persaingan tersebut dan dipilih oleh Aponte.

 

Sumber:  CBS News

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my