DhiaLova

Kutip Suara: Patut ke perempuan buat ‘first move’ dulu?

Oleh  | 

SEMUA orang memiliki cerita cinta dari masa lalu. Jika kamu bernasib baik, cinta yang dibina akan membawa ke jinjang pelamin. Namun sekiranya tidak, ia akan menjadi babak dalam hidup yang mematangkan.

Lumrah seorang perempuan memiliki sifat  pemalu dalam dirinya. Namun, itu tidaklah bermakna kamu tidak boleh meluahkan apa yang dipendam  di dalam hati  kepada orang yang dicintai. Untuk kali ini team Kutip Suara telah menjemput beberapa orang untuk berkongsi pendapat mereka tentang perempuan yang buat  first move’ dulu dalam perhubungan.

Menurut Nawwah, tidak manis bagi seorang perempuan untuk memulakan perhubungan.

“Sebab I  perempuan, I takkan bagitahu orang itu. Tapi kalau dia lelaki… why not. Sebab lelaki kena bagitahulah kalau dia suka perempuan itu.

Namun, Sarah memiliki pandangan yang berlainan. Beliau berpendapat perempuan harus berani meluahkan isi hatinya dan ajak lelaki itu keluar untuk mengenal hati budinya.

“Perempuan kena jadi go-getter. Kalau suka lelaki itu  bagitahu dia.

lelaki ini one track tau otak dia. Mungkin dia sukakan kita, tapi dia tak layan feeling tu.  Dia ada kawan yang membuatkan dia happy.

Tapi bila kita sure feeling kita tentang  dia, then go for it.”

Apabila perasaan yang kamu  pendam selama ini telah diluahkan. Amirul menasihati agar kita saling menjaga dan menghormati pasangan kita.

“Untuk lelaki atau perempuan di luar sana, kalau korang suka seseorang itu. Better terus terang.

Bila korang dah ada dalam satu hubungan itu, please get  serious.

Tolong hargai  pasangan korang. Baik buruk  pasangan tu tetap bersama korang”

Waktu telah berubah. Perempuan kini tampil kedepan dalam pelbagai bidang termasuklah percintaan. Tak mengapa untuk memulakan first move dahulu kepada orang yang kamu cintai. Tapi ingat, manusia boleh merancang, tapi jodoh tetap di tangan Tuhan.

*Kutip Suara ialah rancangan bersiri yang dihasilkan team Dhia bagi berkongsi pandangan semua dengan topik berbeza yang disiarkan pada setiap hari selasa di Youtube.

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my