Dhia Glam

Kylie Jenner dan Adidas ‘release’ koleksi baru inspirasi daripada Lip Kit

Oleh  | 

Baru-baru ini jenama Adidas telah berkolaborasi bersama influencer terkenal dunia, Kylie Jenner dengan menghasilkan koleksi yang diberi nama Reveal Your Voice. Koleksi baru ini diilhamkan bersempena daripada salah satu warna daripada produk kosmetik Kylie iaitu Lip Kit Kylie Jenner yang sememangnya hit dan popular.

Salah satu warna  daripada  koleksi Lip Kit ini digabungkan menerusi produk Adidas iaitu Adidas Falcon dan athleisure. Warna biru ataupun Shady merupakan warna kegemaran Kylie dalam koleksi Lip Kit nya. Warna Shady boleh dilihat dalam koleksi Reveal Your Voice.

“Shady merupakan warna biru yang menjadi kegemaran saya. Keunikan warna ini telah memberi inspirasi kepada saya untuk berkolaborasi bersama Adidas dalam koleksi mereka,” kata Kylie dalam temu bualnya bersama Vouge.

Outfit dan make up semestinya merupakan dua perkara yang sangat penting bagi seorang public figure seperti Kylie Jenner lebih-lebih lagi Kylie dilihat gemar match kan warna pakaian dan solekannya dengan warna yang sama. Ini merupakan salah satu sebab tercetusnya ilham Kylie memilih warna Shady sebagai warna utama dalam koleksi Reveal Your Voice. 

Image result for kylie jenner adidas lip kit

“Pakaian merupakan perkara utama. Selepas itu barulah make up. Ia seperti sebuah aksesori atau seperti hiasan ceri di atas sesuatu makanan, “ ujar Kylie lagi.

Selain kasut, kolaborasi antara Adidas dan Kylie Jenner ini juga mempunyai pilihan lain seperti seluar, legging dan sweat shirt. Semua koleksi ini berwarna shady. Mesti cantik dan meletop koleksi ini kan?

 

Sebelum ini, Kylie Jenner pernah menjadi brand ambassador Adidas koleksi musim panas pada tahun 2018 selepas menamatkan kontraknya bersama Puma. Kakak kepada Kylie iaitu Kendall Jenner juga merupakan ambassador Adidas sejak tahun 2017.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my