Serious?!

Ladies wajib baca! 4 teknik mempertahankan diri bagi wanita

Oleh  | 

KEBANYAKAN kes jenayah sering menuntut mangsanya iaitu kaum wanita. Memang sis setuju kerana kaum wanita berbeza keupayaan berbanding lelaki.

Oleh sebab itu, sebab tu lah banyak mangsa-mangsa yang terjadi dalam kes jenayah, melibatkan kaum wanita! Apa yang tak boleh diterima dek akal, ada juga yang menyalahkan mangsa!

Sis caring dengan korang semua jadi sis nak kongsikan tips mempertahankan diri untuk korang belajar, jom baca!

Target bahagian hidung

Korang cuba untuk tidak panik dan menyerang penyerang anda dengan menggunakan bahagian bawah telapak tangan ke bahagian hidung pemangsa. Kalau sukar untuk serang hidung, cuba bahagian leher.

Foto:www.traintofightback.com

Sepak celah kelangkang

Bahagian paling sensitif tu adalah bahagian yang plaing lemah. Oleh kerana itu, apa kata korang cari ruang untuk menyepak di bahagian celah kelangkang penyerang. Hentak atau sepak sekuat hati, pasti pemangsa terduduk kesakitan!

Hentak kaki

Jika pemangsa cuba memeluk dari belakang, sis cadangkan dekat korang untuk memijak kaki mereka sekuat yang mungkin atau gunakan siku untuk menyerang. Bukan itu sahaja, bahagian kepala juga boleh digunakan untuk menghantuk kepala anda kepada penyerang.

Percaya pada instinct

Kalau korang berada di tempat awam atau tempat yang korang tidak pernah pergi dan korang dapat merasakan perasaan yang tidak senang, percaya pada instinct itu dan melarikan diri ke tempat yang lebih selamat. Bukan apa, perkara sebegini tidak berbaloi untuk mengambil risiko!

Pemakaian yang sesuai

Kalau korang nak pergi ke tempat yang baru dan banyak orang tidak dikenali, pemakaian adalah penting juga untuk melindungi diri. Korang kena pastikan yang korang sentiasa bersedia untuk melindungi diri. Seperti contoh, pemakaian kasut yang bersesuaian dan selesa.

Semoga article ini daoat membantu korang untuk lebih berjaga dan berhati-hati okay?

Sumber:Iluminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my