Serious?!

Lafaz cerai tak sah, PU Abu dan Ain Afini kekal suami isteri

Oleh  | 

SETELAH ramai yang berteka-teki apakah status perkahwinan pendakwah popular PU Abu bersama Ain ‘Afini yang viral baru-baru ini, Mahkamah Rendah Syariah telah mengesahkan bahawa lafaz cerai yang diucapkan adalah tidak sah dan mereka masih kekal sebagai suami isteri.

Keputusan itu dibacakan Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar kerana lafaz cerai tersebut adalah secara bertulis dan perlu bersumpah. Maka, adalah menjadi tanggungjawab PU Abu atau nama sebenarnya Mohammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar untuk menjaga anak di dalam kandungannya.

“Saya masih sayang isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya akan bertanggungjawan kepada anak yang dikandungnya.

Saya mohon maaf kepada ibu bapa mertua,” katanya seperti yang dilapor akhbar tempatan.

Terdahulu, PU Abu menjadi perhatian rakyat Malaysia apabila bertindak menceraikan isterinya yang sedang mengandung untuk menikahi seorang janda.

BACA: Menyesal cerai isteri, PU Abu harap dapat balasan setimpal

Nampaknya kuat jodoh PU Abu dan Ain. Semoga berkat bulan Ramadan ini akan mencantumkan kembali hati yang pernah berkecai antara mereka suami isteri. Biasalah tu asam garam dan ujian berumahtangga. Apapun kami team Dhia doakan yang terbaik dan semoga Allah memudahkan urusan melahirkan anak di dalam kandungan Ain.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my