Serious?!

“Lagu ini bukan untuk Bella Dally,”- Nazim Othman

Oleh  | 

BARU-BARU ini pelakon dan penyanyi Nazim Othman telah melancarkan single terbarunya yang bertajuk Cerita Kita. Lagu yang dicipta oleh Omar K dan Audi Mok itu ternyata telah mengundang kontroversi apabila lagu ini dilancarkan sehari selepas perkahwinan bekas isterinya, Bella Dally.

Menafikan sekerasnya lagu itu ditujukan buat Bella, Nazim menerangkan bahawa single itu sudah wujud sewaktu dia bersama Bella lagi. Jadi lagu ini tiada kena- mengena dengan sesiapa lebih-lebih lagi kepada bekas isterinya.

“Lagu ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa atau majlis yang berlangsung. Lagu ini sudah lama disiapkan iaitu ketika masih bersama Bella. Malah Bella pernah dengar dan memuji lagu ini.” katanya.

Memetik isi daripada satu portal tempatan, Nazim memberitahu lagu baharunya ini adalah ciptaan sepenuhnya dari Audi Mok dan Omar K dan dia tidak pernah mengubah lirik tersebut dan tidak tahu menahu tentang proses penciptaan lagu tersebut sehingga lagu itu siap.

Bercakap tentang perkahwinan bekas isterinya, Nazim akui yang dia sebenarnya masih berasa ralat atas penceraiannya bersama Bella kerana tidak pernah cuba untuk mempertahankan hubungannya itu. Namun lama-kelamaan dia bangkit semula dan yakin apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Saya mendoakan semoga ikatan perkahwinan Bella dan suami kekal hingga ke jannah. Saya tidak wish di media sosial kerana cukuplah orang tahu saya memang mendoakan kebahagiaannya. Malah pernah beritahu dia depan-depan perkara ini,” ujar Nazim.

Apa-apa pun tahniah buat Nazim Othman atas pelancaran single baharunya itu. Semoga terus sukses dalam bidang yang diceburinya. Tak apalah, bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor. Dhia yakin mesti ramai tunggu turn nak tackle Putera Kayangan kita ni kan?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my