Dhia Glam

Lain machiam bila ‘mannequin’ bertubuh gempal ‘pose’ depan kedai

Oleh  | 

JIKA sebelum ini jenama pakaian sukan terkenal Nike telah memperkenalkan pakaian sukan untuk wanita bertudung, kini Nike nampaknya mengorak satu langkah kehadapan apabila memperkenalkan mannequin pakaian sukan untuk para wanita bertubuh gempal.

Rata-rata teruja menyaksikan mannequin wanita bertubuh gempal di hadapan kedai utama jenama Nike di London. Yelah, selalunya patung mannequin dekat kedai yang biasa kita nampak mesti tinggi ramping dan lentok sikit, kan?

Pengunjung dan masuk ke kedai itu akan dapat melihat tawaran Nike yang menjual kit pakaian sukan yang disesuaikan untuk mereka yang plus-sizes.

FOTO: gracefvictory’s

Menurut Nike dalam satu kenyataan, idea ini diperkenalkan bagi meraikan kepelbagaian dalam sukan. Sukan bukan hanya untuk atlet tempatan sahaja bahkan untuk semua. Sebab itulah mannequin seperti ini diwujudkan buat pertama kali di gedung jualan Nike.

FOTO: chloeincurve

Bukan itu sahaja, usaha Nike ini sebenarnya secara tak langsung memberi inspirasi kepada semua untuk bergelar atlet wanita. Ia secara tidak langsung memberi gambaran yang menjadi sihat ini bukan hanya untuk gadis ramping. Tetapi semua orang wajib untuk menjaga kesihatan masing-masing.

Terdahulu, Nike pernah melancarkan baju sukan dengan saiz dari X hingga 3X dengan menampilkan model terkenal seperti Paloma Elsesser, Amanda Bingson, dan Danielle Vanier.

Ha, lepas ni dah tak boleh okay nak bagi alasan tak nak pergi work out sebab tak ada baju. Raya-raya juga exercise jangan lupa. Perut tu dah ada berapa potong lemang agaknya. Baju raya gigih korang dapatkan kalau baju bersukan ada je alasan. Cubit karang!

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my