Diri Dhia

Lakukan ini untuk elak menjadi pokai

Oleh  | 

SETIAP kali masuk akhir bulan mesti kita akan sentiasa enjoy sakan sebab duit gaji dah masukkan? Kita mula lah beli macam-macam, bayar itu ini, tiba-tiba belum sampai awal bulan kita dah pokai.

Haa ini perkara biasa terjadi dekat kita sebagai golongan yang berkerja dan memang susah untuk mengurus perbelanjaan kalau kita tak ada mindset yang betul. Disini sis nak share kan tips untuk elak pemborosan terlampau.

Buat Jadual Perbelanjaan

Ini adalah perkara asa yang korang perlu buat bila korang dapat gaji iaitu buat jadual perbelanjaan. Ini sangat penting supaya korang boleh Nampak duit yang korang guna tu pergi dekat mana dan senang lah nanti korang nak beli apa-apa yang perlu. Biasanya jadual boleh dibahagikan kepada lima iaitu jadual belanja harian, mingguan, bulanan, simpanan dan lain-lain.

Sentiasa Sediakan Tabung

Tabung ni tak semestinya untuk kecemasan sahaja. Tabung ni boleh juga digunakan untuk korang beli something yang korang idam-idamkan contohnya macam smartphone, kasut, pakaian dan sebagainya. Tabung ni juga penting sebab korang tak perlu risau bila korang ada goals benda yang korang nak beli, korang dah tak perlu gunakan duit gaji korang lagi dah sebab korang dah menabung dari awal lagi.

Beli Barang Ikut Kemampuan

Ini benda yang susah untuk kita ikut bila kita keluar shopping tapi ini lah benda yang penting bila keluar. Korang jangan suka-suka beli barang yang tak perlu lagi-lagi bila pergi kedai yang jual barang murah. Sebabnya korang akan end-up beli barang yang korang tak pernah guna pun contohnya macam baju sejuk kononnya korang nak guna bila travel ke luar negara. Jangan beli kalau tiada kepentingan dulu.

Sediakan Alternatif Jimat Ketika Berkerja

Alternatif yang korang boleh sediakan bila korang berkerja adalah seperti korang bawak lah bekal dari rumah. Korang boleh jimat dari segi perbelanjaan makanan. Selain itu menggunakan public transport ataupun carpool ke tempat kerja pun akan membantu korang supaya tidak ada pemborosan.

Jangan Berhutang

Jangan sesekali berhutang bila korang masih lagi mampu sebab hutang ni akan menambahkan komitmen yang korang kena bayar. Cuba untuk minimize kan hutang contohnya seperti jangan guna kad kredit, jangan beli internet yang terlampau dan jangan beli kereta mewah kalau gaji tak setaraf jutawan. Ikut kemampuan korang la ye…

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my