Serious?!

Lama menghilang, kini King Coco buat kejutan jadi calon Ketua Srikandi Bersatu

Oleh  | 

SELAIN kes Koronavirus, isu politik di Malaysia sedang hangat menjadi perbualan netizen. Seperti yang kita tahu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 dan dalam situasi pengurusan kabinet telah pun dijalankan.

Namun, baru-baru ini satu berita yang telah mencuri perhatian netizen adalah King Coco yang bertanding sebagai calon Ketua Srikandi Parti Bersatu Bagan Serai.

Poster ini berlegar-legar di medial sosial dan ia merupakan satu kejutan kepada netizen apabila seorang influencer yang popular dengan beberapa isu, kini bertanding pula dalam dunia politik!

Penyebaran poster ini menciptakan satu pertikaian diantara netizen dan kebanyakkanya pula menyuarakan bahawa Marshaira Ismail tidak sesuai untuk menceburi dalam bidang politik.

Sumber: Twitter

Ini antara pendapat yang telahdisuarakan oleh pengguna Twitter.

Sumber: Twitter

Selain itu, netizen juga turut menyatakan akan berlaku banyak drama yang tidak perlu oleh King Coco ini. Sebelum ini King Coco popular dengan kecaman akan cara percakapannya.

Jadi, apa kata korang? Adakah korang setuju King Coco menjadi Ketua Srikandi?

 

Sumber:ohmymedia.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my