DhiaLova

Langkah terbaik untuk hentikan pertengkaran dengan pasangan

Oleh  | 

DALAM perhubungan, memang  ada pasang surutnya. Bukan setiap masa hubungan kita berada dalam keadaan yang baik. Pasti akan ada masa berlaku pertengkaran. Itulah rencah dalam perhubungan. Betul ke tidak?

Masalah dalam perhubungan sebenarnya boleh mendewasakan kita. Sesebuah hubungan pasti takkan terlepas daripada konflik. Cuma apabila ego dan sikap kurang matang mengusai diri kita pada ketika itu, ianya akan mengakibatkan perbalahan berlarutan dalam tempoh masa yang lama.

Untuk mendapatkan sebuah perhubungan yang matang, salah seorang perlulah mengalah sekiranya berlaku pertengkaran. Tak kisahlah siapa betul, atau siapa salah sekalipun. Kalau nak ikutkan rasa amarah masing-masing memang sampai bila-bilalah takkan berbaik kan?

Menurut Dr. Gary Brown yang merupakan seorang therapist Los Angeles, dalam sebuah perdebatan adalah sangat penting untuk memahami pasangan daripada terus berbalah. Bak kata orang melayu pula dalam hubungan salah seorang perlu jadi air untuk memadam kemarahan. Sekiranya dua-dua jadi api macam mana pertengkaran dapat diselesaikan dengan baik. Sekiranya perdebatan korang sudah ke arah emosi, korang perlu segera stabilkan emosi dan berfikir secara rasional semula.

Anita Chlipala, seorang therapist keluarga dan pernikahan serta penulis First Comes Us: The Busy Couple’s Guide to Lasting Love telah menerangkan menerusi bukunya, faktor utama setiap pasangan mengalami bertengkaran adalah kerana kurang meluangkan masa bersama. Kurang berkomunikasi dan tidak meluangkan masa menjadi punca berlakunya perbalahan. Selepas ini cubalah memperbanyakkan kembali quality time bersama si dia. Dengan cara ini, korang dan pasangan korang boleh meletakkan priority antara satu sama lain dan menyedari bahawa lebih banyak perkara baik yang boleh dilakukan daripada bertengkar.

Kita sedia tahu perkataan yang keluar dari mulut kita saat kita sedang marah akan melukakan perasaan orang lain. Sebaiknya ketika dalam perbalahan salah seorang daripada pasangan perlu membawa diri sehingga kemarahan korang tu reda. Selalunya kita tidak bermaksud berkata demikian tetapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Menyesal tak sudah nanti tau.

Hindari pertengkaran dan jangan sesekali berbalah dalam media sosial. Dalam sebuah perhubungan yang matang sebaiknya korang perlu ada waktu untuk bersemuka dan berbincang secara baik. Jangan sesekali memalingkan muka ketika berbincang. Tak salah runtuhkan sebentar ego korang tu kan? Komunikasi yang baik boleh menjadikan perbincangan korang lebih aman.

Dhia tahu, nak kawal marah dan ego tu memang perkara yang sangat sukar untuk kita lakukan. Tapi tak ada salahnya kita bertindak rasional untuk dapatkan sebuah perhubungan yang baik dan sihat.

Mana yang sedang merajuk dengan pasangan tu, sudah-sudah la. Merajuk lama-lama nanti kita yang rugi tau. Meh Dhia payung sikit playlist lagu-lagu balada  untuk korang. Mana tahu boleh sejuk hati tu balik. Hiks!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my