Serious?!

Laung azan pertama di Masjid Nabawi, tangisan bilal ini buat netizen terharu

Oleh  | 

KEBAHAGIAAN dan kegembiraan datang pelbagai cara yang berbeza bagi semua orang. Apa yang bahagia untuk kita tidak semestinya bahagia untuk orang lain.

Namun semua orang dapat merasai kegembiraan lelaki di dalam sebuah video yang tular di laman Twitter menunjukkan seorang lelaki menangis kegembiraan dan terharu apabila berkesempatan melaungkan azan pertamanya di Masjid Nabawi.

Video berdurasi 2 minit itu merupakan video lama seorang lelaki yang bernama Mohammed Marwan sewaktu dilantik menjadi bilal baru di Masjid Nabawi September lalu sebelum kembali tular baru-baru ini.

Tidak dapat menahan sebak, Marwan dilihat menadah tangan seterusnya menangis. Tidak hanya itu, Marwan dilihat melakukan sujud syukur bagi melahirkan rasa terima kasihnya kepada Allah atas kesempatan yang diberikan.

Walaupun peristiwa itu sudah berlalu beberapa bulan lalu, namun sesiapa sahaja yang menonton pasti dapat merasai kesyahduan alunan azan. Bukan itu sahaja, ada juga pengguna laman sosial yang menangis menyaksikan video ini. Berikut adalah antara komen yang ditinggalkan netizen selepas meonton video yang tular ini.

Tak semua orang mendapat kesempatan untuk melaungkan azan di salah satu tempat paling mulia bagi umat Islam. Marwan tentunya seorang lelaki istimewa yang dipilih Tuhan. Semoga kita semua mempunyai peluang untuk ke Masjid Nabawi dan dapatlah kita mendengar sendiri laungan azan Marwan secara langsung.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my