Be-You-Ty

Lawan kulit berminyak dengan 5 langkah ni!

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Pernah tak korang rasa rimas dengan kulit berminyak ni? Berjalan dekat luar tak sampai satu jam muka tu dan nampak berkilat je.

Sampaikan kalau nak bergambar pun rasa insecure. Memang ada sesetengah individu mempunyai masalah kulit berminyak yang agak teruk sampai boleh menyebabkan jerawat naik banyak!

Hari ini sis nak kongsi dengan korang semua macam mana nak lawan kulit berminyak ni. Jom baca!

Pemilihan pencuci muka

Korang kena pilih pencuci muka yang sesuai dan baik untuk kulit. Seperti contoh, korang tengok bahan pencuci muka korang tu wajib ada benzoyl peroxide,salicylic acid,glycolic acid atau beta-hydroxcy acid. Bahan-bahan aktif ini dapat membantu korang yang mempunyai kulit muka berminyak tu.

Jangan kasar dengan kulit muka tu

Korang kena ingat, kulit muka kita ini boleh tahan juga sensitifnya! Korang kena elakkan daripada menggunakan kain atau span yang keras untuk mencuci mahupun mengelap muka. Bila korang kasar, minyak akan bertambah!

Cuci muka dua kali sehari

Yang paling penting korang wajib cuci muka sebaik bangun tidur dan sebelum tidur. Barulah minyak akan menjadi lebih stabil. Jangan malas!

Bilas dengan air suhu bilik

Jangan sesekali korang gatal nak cuci muka dengan air panas! Ini akan menyebabkan pori korang terbuka dan kerosakkan pada kulit. Tak pasal nanti minyak pun berlebihan nanti! Untuk elakkan kulit berminyak, cuci guna air yang bersuhu bilik.

Penggunaan toner

Toner sememangnya penting dalam pengawalan minyak yang berlebihan, jadi sis nak cadangkan dekat korang untuk hanya menggunakan toner dibahagian yang minyak berlebihan sahaja supaya pengeluaran minyak juga akan terkawal!

Sis harap article ini dapat membantu korang untuk atasi masalah kulit yang berminyak itu dan korang kena amalkan tips ini selalu! Semoga berjaya!
Sumber:Siraplimau

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my