D-Life

Lebam peha digigit ‘hantu’, mitos semata-mata!

Oleh  | 

BANGUN tidur tiba-tiba perasan ada lebam di paha,tangan, kaki dan beberapa tempat yang lain. Pernah tak korang kena macam ni? Bila cuba nak ingat balik, korang tak ada pulak terlanggar apa-apa yang boleh menyebabkan lebam tu muncul.

Melainkan kalau korang ada bergaduh bertumbuk haa itu lain cerita la kan? Bila korang cuba tanya orang sekeliling mula lah mitos-mitos yang dikatakan digigit hantu.

Foto: Majalah Sains

Korang percaya ke mitos tu? Ha lepas baca ni mesti persepsi korang berubah. So today, sis nak explain dekat korang apa ertinya lebam yang tiba-tiba muncul tu.

Sebenarnya ada penjelasan yang lebih logik dan rasional tentang mengapa adanya lebam-lebam tersebut. Mengikut sumber, lebam ni sebenarnya muncul mengikut sumber, ada kaitan dengan fisiologi tubuh kita. Kadang kala ada individu yang mempunyai saluran darah yang nipis dan rapuh.

Kebanyakkan wanita mempunyai saluran darah yang kecil dan tisu yang lebih nipis berbanding kaum lelaki. So disebabkan itu lah wanita je yang sering muncul lebam-lebam ni.

Sudah tentu ada juga sebab lain yang menyebabkan munculnya lebam ni. Bagi yang mengambil ubat bertujuan untuk mencairkan darah juga boleh menjadi salah satu faktornya.
Selain itu, kesan lebam ni juga boleh bererti tanda atau simtom penyakit yang lebih merbahaya seperti leukimia dan penyakit hati. Jadi kalau korang mengalami kesan lebam yang luar biasa dan mula merebak dan merasa sakit, adalah disaran untuk korang pergi periksa kepada doktor.

Lebam ini terjadi dengan sel darah merah terkeluar di bawah permukaan kulit dan akan bertukar menjadi warna ungu akibat tidak ada sumber oksigen. Setelah sekian lama akan bertukar warna kekuningan lalu bersurut ansur pulih.

Jika lebam korang akibat dari trauma, lebih baik untuk korang elakkan rawatan seperti bekam, akupuntur atau urutan yang berisiko untuk mengeruhkan lagi keadaan, sebab korang akan terdedah kepada jangkitan kuman.

Apa yang korang boleh cuba adalah meletakkan air pada kawasan lebam dan berehat seketika daripada melakukkan aktiviti yang boleh menlambatkan proses pemulihan.

Sumber:Harian Metro 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my