Serious?!

Lee Kwang Soo jumpa jodoh, umum kahwin ‘next week’?

Oleh  | 

KALAU korang pernah menonton rancangan aneka ragam terkenal Korea, Running Man. Korang mesti sangat mengenali sosok individu tinggi lampai yang membuatkannya sering dipanggil ‘zirafah’ oleh kawan-kawan. Ditambah pula dengan keletahnya yang mencuit hati memang buat korang tak kering gusi. Lelaki yang dimaksudnya siapa lagi kalau bukan, Lee Kwang Soo!

via GIPHY

Siapa sangka rancangan tersebut telah berjaya menemukan Kwang Soo dengan cinta hatinya  iaitu seorang penyanyi dan pelakon bernama Lee Sun Bin. Cinta mereka berputik apabila keduanya bertemu dalam salah satu episod dalam siri Running Man pada September 2016 yang lalu.

Semenjak itu, hubungan mereka dikatakan semakin erat malah saling memperkenalkan masing-masing sebagai pasangan kekasih kepada rakan-rakan terdekat.

Apabila ditanya apakah yang membuatkan Sun Bin jatuh hati kepada Kwang Soo, selebriti rupawan itu menjawab  ringkas “Cara kami bertengkar membuatkan saya terfikir bahawa kami pasangan serasi”

Mendengar respon Sun Bin, Kwang Soo berseloroh untuk mengumumkan pernikahan mereka minggu hadapan. Hiks, gurau rupanya!

via GIPHY

Sebelum menjadi pasangan kekasih, mereka berdua kerap memuji masing-masing di hadapan kawan-kawan selebriti. Bukan itu sahaja, Kwang Soo selalu memangil Sun Bin sebagai ‘kekasihku’ di depan umum.  Tak sangka rupanya itu bukan sekadar gurauan!

Team Dhia tak sabar nak tunggu  Lee Couple ni pergi ke next stage of relationship, yea!

 

 

 

 

Sumber: Soompi

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my