Dhiaventure

“Leeya main dengan siapa tu?” Bapa dedah kisah anak diganggu mahluk halus

Oleh  | 

Paranormal

KALAU kita tengok mana-mana filem cerita seram, ada banyak yang menampilkan kes budak yang boleh berkomunikasi dan melihat benda-benda halus. Sebab kata orang, mata anak-anak ini halus, jadi mempunyai kelebihan untuk melihat benda yang orang dewasa tak boleh nampak.

Cuba bayangkan insiden macam ni berlaku dekat ahli keluarga kita sendiri. Memang kecut perut. Tapi, itulah yang terjadi kepada ahli paranormal Seekers iaitu Syai.

Perangai pelik yang menimpa anaknya yang dipanggil Leeya tidak mungkin dilupakan. Kejadian ini berlaku apabila Syai menyedari anaknya suka bercakap seorang diri. Memang budak-budak biasa bercakap seorang diri, cuma kali ini sedikit pelik apabila Leeya mula mengajak seseorang untuk duduk di sebelahnya.

“Kalau main masak-masak tu, Leeya akan sediakan pinggan untuk kawan dia seorang lagi.

“Bila aku fokus, aku nampak ada seorang budak lelaki berseluar pendek dan ber’singlet’. Tapi aku biarkan sahaja,” cerita Syai di podcast Ais Kacang.

Bukan hantu berbentuk budak

Nak dijadikan cerita, ada suatu hari bila Syai ke Penang untuk tujuan kerja. Isterinya tiba-tiba membuat panggilan mengadu Leeya menangis dan berdegil tidak mahu masuk ke dalam  bilik.

Bila ditanya, Leeya akan cakap nampak hantu. Bila kita suruh Leeya tunjuk kedudukan hantu tersebut, Leeya akan tunjuk setempat sahaja.

via GIPHY

Namun, agak berbeza dan pelik untuk kali ini apabila Leeya tunjuk banyak tempat menandakan ‘benda’ itu dah berani bergerak ke banyak tempat dalam rumah itu.

Syai pun minta pertolongan sahabatnya di Kedah untuk tengokkan keadaan rumahnya. Menurut sahabatnya, memang ada benda yang sedang mengganggu rumah mereka.

Pagi itu bila Leeya bangun dia terus menangis dan jerit “hantu lagi, hantu”

Isteri Syai kemudian terpaksa menenangkan anaknya dengan membaca beberapa ayat suci Al-Quran. Benda ini terjadi beberapa kali sewaktu Syai tiada di rumah.

Meremang, siapa perempuan itu

via GIPHY

“Sampailah suatu hari, isteri aku tak ada kat rumah. Jadi aku jaga Leeya. Tengah-tengah Leeya main, mainan dia bergolek ke dapur.

“Aku suruh dia ambil. Tapi dia tak nak. Dia kata ada hantu sambil pandang dekat satu sudut rumah. Waktu itu nak dekat maghrib.

Apabila ditanya mana hantu itu, Leeya kata hantu itu dekat kerusi bayi. Leeya menjelaskan ciri-ciri hantu tersebut iaitu perempuan, dan berambut panjang.

“Tapi bila aku tengok, aku akan nampak dia hitam sahaja. Jadi aku tak nampak ciri-ciri yang sebenar.

“Aku suruh dia pergi juga. Aku ajar dia kalau nampak hantu, suruh dia pergi. Jangan sesekali takut.

“Leeya takut. Jadi aku pun pergi ambilkan mainan supaya dia duduk main balik dekat sofa. Cuma dia akan pandang balik tempat ada hantu tadi.

via GIPHY

Tiba-tiba waktu Leeya tengah sibuk bermain, dia tiba-tiba jerit

Ghost, go away. Balik.” Syai  tersentak.

Sejak hari itu, Syai terfikir apa lagi pagar yang dia boleh buat dekat rumah itu untuk menghalang berlakunya perkara seperti itu.

Sebab bukan apa, Syai risau untuk meninggalkan anak dan isterinya jika pergi outstation. Syai bagaimanapun tidak akan berputus asa untuk mencari penawar dan berharap agar semua mendoakan keluarganya agar tidak diganggu oleh entiti yang tidak baik.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my