D-Life

Lelaki berjambang boleh jadi ‘boyfriend’ yang baik. Serius lah?

Oleh  | 

SETIAP wanita mempunyai taste yang berbeza tentang fizikal seorang lelaki. Ada wanita yang suka lelaki berjambang, ada yang suka bermisai dan ada juga segelintir wanita yang lebih gemar lelaki yang tidak berbulu.

Namun pada zaman kini, kebanyakan wanita lebih suka lelaki yang mempunyai jambang kerana bagi mereka lelaki berjambang lebih kelihatan maskulin dan ‘jantan’ gitu. Tapi sebenarnya korang tahu tak menurut kajian, lelaki yang mempunyai jambang boleh jadi seorang boyfriend atau pasangan yang baik. Yeke?

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Dixton, pakar psikologi di University of Queensland, Australia, lebih daripada 85 ribu orang wanita telah diminta untuk menilai lelaki berdasarkan gambar yang diberikan. Mereka perlu membuat rumusan sama ada mereka mampu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama bersama lelaki itu menerusi penilaian gambar sahaja. 

Nak tahu tak apa keputusannya? Ha! Majoriti wanita membuat penilaian bahawa lelaki yang mempunyai jambang lebih menarik dan merupakan pilihan yang baik untuk sebuah perhubungan yang kekal lama. Apa yang lebih mengejutkan, lelaki mempunyai bulu yang nipis di muka telah diundi sebagai lelaki yang tidak boleh bertahan lama dalam perhubungan. Aiks macam mana tu?

Sebenarnya, wanita lebih suka kepada lelaki yang mempunyai hormon testosteron yang tinggi. Kajian juga menunjukkan lelaki berjambang dilihat sebagai seorang lelaki yang berkeyakinan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Senang kata, jambang yang mereka ada menjadi salah satu sebab utama mereka dilihat sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan meyakinkan. Bila difikirkan balik, betul juga kan?

Bukan itu sahaja, jambang yang lebat juga menunjukkan seorang lelaki itu mempunyai hormon testosteron yang baik dan sihat. Dhia yakin kalau korang kena approach dengan lelaki berjambang pun secara automatik korang akan rasa suka kan? Jambang sememangnya menjadi salah satu perkara attractive yang lelaki ada untuk memikat perempuan. Siapa ada jambang tu untung lah, tak perlu try hard untuk tackle perempuan!

Namun ada juga segelintir wanita yang tidak berani ambil risiko untuk pilih lelaki berjambang. Pada pendapat mereka lelaki berjambang ni tidak setia kerana mereka mempunyai daya tarikan dan rupa paras yang menarik. Alamak! Handsome-handsome pun susah juga ye, jadi takut pula wanita-wanita kat luar sana.

Tapi lain orang lain lah taste dia. Nama pun menurut kajian kan, kalau korang sendiri macam mana pula? Suka lelaki berjambang atau baby face macam artis korea?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my