Serious?!

Lelaki ini beli 55 ribu ‘dress’ supaya isteri tak pakai baju yang sama

Oleh  | 

KALAU kita tengok kisah cinta klasik dulu-dulu, mesti ada watak putera raja akan datang untuk mencintai seorang perempuan dan mereka hidup bahagia selama-lamanya.

Tapi di alam realiti, lelaki yang sejati akan selalu membuat seorang perempuan berasa seperti seorang puteri walaupun sudah semakin lanjut usia.

FOTO: scoopwhoop

Itulah yang dilakukan seorang lelaki berumur 83 tahun bernama Paul yang membeli 55 ribu dress untuk isterinya Margo. Alasannya mudah, dia tidak mahu isterinya memakai dress yang sama untuk kali kedua.

“Kalau saya nampak mana-mana dress yang saya suka, saya akan beli,” cerita Paul.

Bercakap tentang koleksi gaun pelbagai warna yang dimiliki, menurut Margot, suaminya selalu membelikannya dress baru walaupun dari kedai pakaian terpakai.

FOTO: scoopwhoop

Apa yang lebih manis, Paul mengakui bahawa membeli dress mengingatkannya kepada kali pertama mereka bertemu. Waktu itu Paul melangkah masuk ke dalam  dewan tarian dan ternampak Margot. Ia mengingatkan Paul bagaimana mereka berdua menari dan jatuh cinta pada malam itu.

FOTO: scoopwhoop

Tapi, kira-kira 4 tahun yang lalu. Paul telah berhenti memberi gaun dan anaknya telah meyakinkannya untuk menjual gaun yang sedia ada. Akhirnya mereka berjaya menjual 7 ribu gaun walaupun Paul agak sukar untuk bersetuju pada awalnya.

Jadi, agak-agaknya, ada ke yang sanggup beli banyak-banyak dress untuk kita semua? Kalau tak ada, beli untuk diri sendiri pun ok kan?

Sumber: scoopwhoop

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my