Dhiaventure

Lelaki ini bongkar misteri entiti dalam rumah kosong di Kedah

Oleh  | 

Paranormal : Episode 06 – Suara Terngiang-Ngiang

BERSAMA Amir dan Syai sekali lagi berkongsi pengalaman mereka semasa melakukan aktiviti paranormal Seekers.

Kali ini di podcast Ais Kacang mereka bercerita tentang suara bisikan yang terngiang-ngiang.

Pengalaman terjadi semasa musim ke 8 di sebuah Felda dekat Kedah. Ramai yang mengadu ada sebuah rumah bersebelahan sawah dan kebun kelapa sawit sangat misteri.

Menurut orang kampung, rumah ini pernah didiami, namun apabila mereka berpindah tiada siapa yang menjaga rumah tersebut.

Kejadian pelik mula menghantui mereka apabila beberapa ekor kambing dilaporkan hilang di kawasan tersebut. Kalau ada pengembala yang membawa kambing meragut rumput di kawasan itu, pasti akan ada beberapa ekor kambingnya hilang dan tak dapat dijumpai.

Pada awalnya, orang kampung  menganggap ia adalah sebuah kes kecurian. Namun, setelah diselidik, ia bukanlah kes kecurian memandangkan mereka betul-betul berada di hadapan melihat kambing-kambing tersebut.

“Yang peliknya, mereka jumpa bangkai kambing tinggal tulang sahaja di dalam rumah tersebut selepas tercium bau busuk. Persoalannya, siapa pula yang masukkan kambing-kambing tersebut di dalam rumah tersebut”

“Tulang kambing itu juga masih tersusun elok dan tidak seperti dilapah. Jadi, ia agak pelik,” jelas Amir.

via GIPHY

Bunyi rintihan panjang

“Kami pun melakukan penyiasatan, pada 20 minit terawal sound man kami bagitahu ada dengar suara seperti kanak-kanak merintih.

“Kami pun silent kejap dan dengar  bunyi rintihan dan tangisan  yang sayu dan panjang.

Ia agak mengganggu sehingga sound man terpaksa tanggalkan headphone,” sambung mereka lagi.

Bola bergolek

“Selain daripada bunyi tersebut, kami semua nampak ada entiti berbentuk bola berbulu bergolek di lantai kawasan rumah itu.

“Ia membuatkan kami semua rasa berdebar dan meremang.

“Ada sebuah buaian di bawah pokok rambutan  yang agak seram dan kami  ditempatkan seorang demi seorang  di situ.” katanya.

Untuk ikuti kisah selanjutnya, apa kata korang dengar sendiri di podcast Ais Kacang. Tapi untuk kesan yang lebih padu, dengarlah pada waktu malam tau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my