Dhiaventure

Lelaki ini dedah kisah misteri lukisan buat orang dirasuk

Oleh  | 

Paranormal : Episode 13 – Aura Lukisan

KISAH  ini diceritakan oleh Amir sendiri yang juga merupakan ahli kumpulan paranormal terkenal di Malaysia iaitu Seekers dalam podcast Ais Kacang.

Kalau korang sempat menonton Seekers, korang mesti familiar dengan tugas Amir yang akan melukis gambar entiti yang dilihatnya semasa dalam pengambaran.

Kali ini, kru Seekers pergi ke sebuah rumah seorang perempuan bernama Kak Pah di Kelantan bagi menyelongkar entiti yang berada di dalam rumah berkenaan.

Amir mempunyai sebuah kepantangan yang memang sudah diketahui umum iaitu sesiapun tidak dibenarkan mengganggu atau menegur Amir semasa dia sedang melukis sambil memejam mata.

Dalam banyak-banyak lukisan yang pernah dilukiskan Amir, lukisan di rumah Kak Pah nampaknya memberi kenangan yang tidak mungkin dilupakan.

Sebaik sahaja habis melukis, Amir biasanya akan menunjukkan lukisannya kepada saksi lain bagi memastikan adakah entiti yang dilukisnya sama seperti yang dilihat oleh orang lain?

FOTO: aminoapps.com

Sebaik sahaja Amir menyuakan lukisannya kepada ahli keluarga yang tinggal di rumah Kak Pah, alangkah terkejutnya apabila mereka tiba-tiba dirasuk.

Tak pasti apa yang terjadi, namun lukisan tersebut terasa begitu aneh dan ‘sesuatu’ sekali. Bukan itu sahaja, Amir dan beberapa kru lain turut terasa sakit kepala seperti ada orang yang menjerit di telinga.

Pengambaran pun berakhir. Namun kisah mereka tidak berhenti setakat di situ. Salah seorang ahli Seekers membawa lukisan berkenaan dan meletakkannya di belakang van.

Menurut Amir, waktu perjalanan balik dari lokasi pengambaran  pulang ke hotel adalah masa paling tenang untuk mereka tidur. Tapi entah kenapa, waktu itu van mereka terasa panas sekali.

Kejadian buruk tidak hanya terhenti di situ. Tiba-tiba Amir dan rakan serumahnya menjadi marah-marah dan tak tentu hala.

Sebaik sahaja diselidik, rupa-rupanya mereka masih menyimpan lukisan dari rumah Kak Pah itu di dalam rumahnya.

Apalagi, Amir pun cepat-cepat mengeluarkan lukisan itu dari rumah. Selepas itu, barulah keadaan kembali pulih seperti biasa.

Sebelum Amir mengakhiri sesi podcast pada kali ini. Ini pesanan Amir untuk kita semua.

“Semua orang boleh jadi berani macam pergi cari hantu dan jadikan ia  entertainment. Tapi kita kena ambil serius dan profesional. Sekiranya terdapat sesuatu yang berlaku, kita akan tahu macam mana react. Oleh itu teruskan belajar dan jangan pernah berhenti belajar.”

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my