Serious?!

Lelaki ini pakai kostum jadi singa, tapi singa sebenar pun tak layan!

Oleh  | 

MACAM-macam keletah manusia ni nak diceritakan. Kalau dah sampai perangai masuk air masing-masing, mulalah benda pelik-pelik dibuatnya. Baru-baru ini kecoh kejadian di sebuah Zoo di Jepun apabila video yang merakamkan aksi ‘seorang’ singa berlari semasa latihan untuk menyelamatkan diri menjadi viral.

Rakaman video di Zoo Tobe, Jepun itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian seperti singa berlari seolah-olah ingin menunjukkan bagaimana seekor singa cuba untuk menyelamatkan diri semasa berlakunya kecemasan seperti gempa bumi. Ia adalah latihan yang dilakukan oleh zoo berkenaan untuk mengawal situasi jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Lelaki singa itu dilihat berlari-lari cuba untuk keluar dari zoo namun berjaya ditangkap menggunakan jaring dan pistol udara oleh staff zoo tersebut.

Tapi, apa yang lucu ialah singa yang sebenar tidak langsung tertarik dengan dengan ‘lelaki singa’ yang melintas di depan mereka. Adoi!

FOTO: Mainichi News Group

FOTO: Mainichi News Group

Tidak berhenti di situ. Komen-komen yang diberikan netizen pun bukan main kelakar! Ada juga yang memuji lelaki singa itu kerana berjaya menjiwai watak!

Walaupun aksi lelaki singa ini menjadi viral. Tapi sis sangat kagum bagaimana pihak zoo di Jepun membuat persediaan untuk menghadapi kejadian yang tidak diingini. Mereka nampaknya sudah bersedia dengan latihan dan strategi untuk menjaga haiwan yang berada di dalam tanggungjawab mereka. Kudos!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my