DhiaLova

Lelaki lebih tertarik terhadap wanita yang suka ketawa!

Oleh  | 

SETIAP lelaki mempunyai aura tersendiri yang boleh menarik kita untuk tertarik dan suka. Normalnya wanita akan lebih tertarik kepada lelaki yang boleh membuat mereka ketawa dan lelaki pula akan mudah tertarik dengan wanita yang gemar ketawa dengan jenaka mereka. Sejauh mana kebenaran itu ye?

Menurut Robert Province menerusi buku Kitab Bahasa Tubuh, dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, kebanyakannya wanita akan lebih banyak ketawa berbanding lelaki. Membuat perempuan ketawa merupakan salah satu perkara penting bagi memenangi hati wanita sekali gus membuktikan yang lelaki itu berjaya membuat wanita berasa selesa dengan dirinya.

Kemampuan membuat orang ketawa merupakan salah satu ciri yang dominan dalam sebuah perhubungan dan kebanyakan wanita lebih memilih lelaki yang dominan. Selalunya dalam sebuah hubungan lelaki merupakan ‘superior’ yang akan kekal menunjukkan kelebihannya untuk menjaga hubungan berbanding wanita yang lebih menurut untuk membahagiakan pasangan.

Province juga menjelaskan wanita akan lebih bahagia jika bersama lelaki yang kelakar. Mereka lebih sanggup menghabiskan masa bersama orang yang gemar membuat mereka ketawa. Lelaki juga sebenarnya akan lebih tertarik kepada wanita yang gemar ketawa dengan jenaka mereka kerana dari situlah mereka merasakan mereka sudah berjaya menunjukkan ‘superior’ mereka. Ini juga membuktikan rupa paras bukan perkara utama untuk kita jatuh hati pada seseorang.

Korang boleh praktikkan ketawa selepas ni untuk tambat hati pasangan korang okay? Mana tahu jejaka pilihan hati korang tu boleh cair! Tapi orang tua-tua kata jangan gelak sakan sangat, nanti nak menangis. Betul ke? Hiks!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my