Serious?!

Lelaki ni mati sebab makan mi segera setiap hari!

Oleh  | 

DI Taiwan, seorang pelajar universiti dilaporkan mati akibat kanser perut. Puncanya pasti mengejutkan!

Pelajar lelaki yang berusia 18 tahun itu menjadi inspirasi semua. Beliau sangat rajin berjaga sehingga tengah malam untuk melakukan kerja-kerja kursusnya.

Akibat daripada tabiatnya yang suka berjaga malam tersebut, hampir setiap malam beliau makan mi segera. Menurut akhbar Taiwan, SeeHua News. Dia sudah berbuat demikian sejak bertahun lamanya.

Namun lama-kelamaan, setelah bertahun-tahun makan mi segera setiap hari, kesihatannya turun mendadak secara kronik. Tidak lama kemudian, muncul simptom-simptom aneh pada dirinya seperti loya-loya, perut buncit dan sakit perut.

Setelah simptomnya bertambah teruk, keluarga beliau membawanya bertemu doktor di hospital untuk pemeriksaan lanjut. Diagnosis daripada pemeriksaan tersebut membawa kejutan kepada semua; beliau disahkan menghidap kanser perut tahap empat dan peluangnya untuk terus hidup sangat tipis.

Selepas bertahun-tahun berperang dengan penyakitnya, lelaki tersebut akhirnya meninggal dunia.

Berita yang mendapat liputan yang luas ini mendapat perhatian khalayak umum di Taiwan. Dr Yan Jiarui, pakar onkologi di hospital di mana lelaki itu dirawat, menggesa warga Taiwan untuk mengurangkan pengambilan mi segera dan juga makanan-makanan berjeruk, daging merah, yang mana makanan-makanan ini dikaitkan dengan kanser.

Dalam konteks di Malaysia, pelajar-pelajar universiti juga gemar makan mi segera kerana mahu berjimat. Oleh itu, Dhia ingin pesan kepada kalian, kalau mahu makan mi segera tu boleh tapi kurangkanlah dan jangan terlalu kerap ya. Jaga kesihatan kamu!

 

Sumber:  NST Online

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my