Serious?!
Lelaki tak matang sampailah umur 40 tahun- Kajian
MAT Saleh selalu cakap:
“Life begins at 40,”
Bila sis fikir balik, patutlah diorang cakap macam tu. Rupanya ada kajian yang tersirat tentang umur 40 tahun ni. Korang rasa, sebagai perempuan yang sejati, bila agaknya lelaki akan mula menjadi matang? adakah lepas diorang masuk zaman kampus? atau lepas diorang berkahwin?
Bukannya sis bersifat seksis, tapi perempuan memang selalunya akan lebih matang dalam perhubungan. Eh, eh, eh, helok sikit. Jangan tuduh sis macam-macam. Ini sebuah adalah bedasarkan daripada sebuah kajian tau. Baca sampai habis kalau nak tahu.
Kajian yang dilakukan oleh University of Oxford menerangkan bagaimana tingkat kematangan otak manusia ditentukan bedasarkan kepada fungsi perkembangan dan perhubungan mereka sepanjang mendewasa. Objektif kajian ini pula sebenarnya dilakukan untuk mengetahui bahagian yang berubah dan tidak berubah sepanjang proses kematangan.
Saintis telah mengkaji 121 otak peserta di antara usia 4 hingga 40 tahun. Mereka akan mengesan perubahan seperti perbezaan fungsi bedasarkan kepada usia dan jantina peserta.
Hasil kajian tersebut menunjukkan walaupun otak lelaki dan perempuan mempunyai keupayaan sama untuk menjalani kehidupan seharian. Namun, lelaki menunjukkan fungsi yang lebih perlahan berbanding perempuan. Sebab itulah dia kata lelaki lambat matang berbanding perempuan.
Ha, korang setuju ke tak dengan kajian ni? betul ke kematangan seseorang itu diukur dengan umur? roger sikit.





Komen Terkini