Kolaborasi

Lepak bawa ‘partner’, apa kata Nabila Razali?

Oleh  | 

KADANG-kadang setiap orang ada juga detik-detik mahu lepak bersama kawan-kawan, tetapi wajarkah pasangan ikut sekali? Tak ke awkward nanti kalau partner kita ada bersama?

Bersama tetamu yang dipanggil sebagai Adi dalam satu segmen podcast di Ais Kacang, Face Off With Nabila Razali, Bella mengambil contoh seorang lelaki membawa teman wanitanya pergi menonton bola sepak bersama kawan-kawan lelaki yang lain.

“Nanti kalau bawa pergi tengok bola, tiba-tiba dia merengek nak balik. Buat apa?” Adi memberikan pendapat. Adi langsung tidak merasakan bawa teman wanita pergi menonton bola sepak sebagai satu idea yang menarik.

 

Namun, Bella menegaskan ada juga sesetengah perempuan yang okay dengan situasi teman lelaki mahu lepak dengan kawan-kawan menonton bola sepak dan tiada masalah untuk ada bersama mereka.

“Yalah, waktu nak tengok bolalah lelaki akan gembira, happy, kadang-kadang tak marah. Tak seronoklah kalau perempuan ada sekali,” kata Adi. Katanya lagi, tak eloklah seorang perempuan untuk nampak sisi tak elok teman lelakinya ketika menonton bola.

“Oohh, hipokritlah ni?” seloroh Bella. Bella berpendapat, sepatutnya seseorang lelaki perlu tunjukkan warna sebenar dalam relationship lagi. Tak perlu sorok-sorok.

“Sebenarnya yay or nay ni bergantung pada perempuan tu sendiri. Kalau partner yang asyik-asyik dia je, itu yang susah. Senang kalau dapat partner yang kalau time kita nak lepak tengok bola je, dia faham. Biar dia shopping ke apa ke,” tegas Adi lagi.

Bella bertanya kepada Adi pula, adakah beliau akan okay jika ada kawan-kawannya yang lain yang bawa teman wanita ketika melepak, atau ketika menonton bola sepak, secara spesifik?

“Satu je, good luck bro!” seloroh Adi. “Tetapi kalau nak lepak juga, jangan sampai kacaulah. Kalau dia jenis yang memang layan bola sekali, itu takpe,” kata Adi.

Untuk dengar lebih apa yang dibualkan Nabila Razali dan Adi, boleh ikuti podcast Ais Kacang, Face Off With Nabila Razali di Ais Kacang.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my