Serious?!

Lepas angkasawan dah angkat sumpah, Suhaimi Saad tak puas hati apa lagi?

Oleh  | 

HEBAT diperkatakan netizen apabila bekas penyanyi kumpulan nasyid, Suhaimi Saad mencabar secara terbuka angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah bahawa saiz matahari dan bulan berbentuk bulat.

Sebelum ini, menerusi akaun Facebooknya bernama Mosus, Suhaimi menyatakan bahawa bentuk muka bumi berbentuk rata dan bukannya sfera seperti yang terkandung dalam kajian sains.

Sebagai angkasawan Islam yang kesembilan meneroka angkasa lepas, menerusi Instagramnya @drsheikhmuszaphar beliau memberi penerangan tentang keadaan sebenar bentuk muka bumi.

Keliling bumi 16 kali sehari

Dalam kapsyen itu juga, Sheikh Muszaphar turut menceritakan pengalamannya mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari.

Dengan kelajuan 27000km/hr mengelilingi orbit. Angkawasan negara pertama Malaysia itu turut kagum dengan keindahan dan kebesaran Illahi melihat keajaiban alam di angkasa lepas.

 

View this post on Instagram

 

Pic – Is the Earth flat ? Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas … Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar … Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr Laungan Azan kedengaran seketika Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi Melihat Bumi dengan mata sendiri Degupan jantung berhenti seketika Meremang Bulu Roma Mata tidak terkebil Melihat Kebesaran Maha Pencipta Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas … Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana MasyaAllah …SubhanAllah … And the Earth is spherical in shape . Geosphere to be exact . Squashed at the poles and bulged at the Equator . Not like a ball but more to an egg . Every human being should go to space if given the opportunity . It changes your perspective on life as a whole . It makes you a true believer on the Creator The experience is truly amazing and spectacular. It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers But here I am sharing you my experience of what I have seen . In the name of Allah it comes from my heart Salam Jumaat Everyone … Semoga mendapat Barakah semua . Amiinn … Love As Always … PS – Just wanted to straighten the facts !

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

“Laungan Azan kedengaran seketika Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri 
Degupan jantung berhenti seketika 
Meremang Bulu Roma 
Mata tidak terkebil 
Melihat Kebesaran Maha Pencipta 
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasa lepas …
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana 
MasyaAllah, SubhanAllah”

Bumi berbentuk sfera

Dalam kapsyen itu juga, Sheikh Muszaphar turut bersumpah bahawa keadaan bentuk muka bumi adalah sfera dan bukannya rata seperti yang ditegaskan Mosus sebelum ini.

“Bentuk muka bumi adalah sfera atau secara tepatnya geosfera.

“Bukan seperti bola tapi lebih kepada bentuk seperti telur. Jika diberi peluang, setiap orang patut pergi ke angkasa lepas.

“Ia akan mengubah perspektif kamu dalam memandang kehidupan. Ia akan menjadikan kamu hamba yang sebenar kepada pencipta. Pengalaman itu memang benar-benar bermakna dan menakjubkan.

“Susah nak ubah fikiran mereka yang percaya kepada saiz bumi berbentuk rata.

“Dengan nama Allah yang datang daripada hati saya sendiri, ini adalah apa yang saya boleh kongsikan berdasarkan kepada pengalaman saya. Semoga mendapat barakah semua,”

Tak puas hati

Walaupun angkawasan telah memberi respon kepada kenyataan Suhaimi. Namun penyanyi itu nampaknya tidak berpuas hati dan menganggap lafaz In The Name of Allah yang ditulis Dr Sheikh Muszaphar sebagai zikir dan bukannya lafaz sumpah yang diinginkannya.

Ha korang rasa macam mana? Bumi ni sebenarnya bulat ke leper? Cuba kongsi sikit dekat kami.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my