D-Life

Lepas dah melantak dekat ‘open house’, apa nak buat supaya badan kembali mantap?

Oleh  | 

BANYAK betul makanan yang menggoda dan lazat belaka waktu hari raya ini. Mulalah gadis-gadis gelisah memilih sama ada nak makan juadah yang setahun sekali ni, atau nak selamatkan diet mereka.

Baru haritu sis nampak orang update jumlah kalori kuih raya yang nampak menyeramkan. Kepada yang tak pasti kenapa kena ambil kisah fasal kalori dalam badan. Meh sis roger sikit tujuan kira kalori adalah untuk mengetahui kandungan lemak tubuh yang kita ambil.

via GIPHY

Kalau korang dah melantak macam tak ingat dunia waktu raya. Mari kita termenung kejap memikirkan macam mana nak kembalikan gaya makan yang sihat kepada tubuh kita. Ini adalah beberapa benda yang korang kena  lakukan selepas makan macam-macam raya ni.

Kurangkan jumlah portion

via GIPHY

Korang boleh mulakan dengan kurangkan portion makanan dalam pinggan korang. Kalau korang dah biasa ambil makanan sampai penuh pinggan. Jadi, apa kata kali ini korang cuba pula ambil portion suku daripada yang biasa korang ambil.

Minum teh

via GIPHY

Teh yang korang kena minum ni pula pastikan korang minum tanpa gula. Sebab benda yang manis akan menambah kalori dalam badan korang. Bukan apa, tak nak lah nanti elok-elok dapat turunkan berat badan. Tiba-tiba bertambah pula sebab tak kawal pengambilan gula.

Bersenam

via GIPHY

Asyik-asyik kena bersenam, bosan! Ye cik adik, benda ini memang kedengaran klise tapi ia memang cara terbaik untuk meningkatkan pembakaran lemak. Lakukan apa sahaja jenis olahraga kardio macam lari, jogging selama 45 minit setiap hari. Jadikan ia sebagai rutin 5 kali seminggu.

Kalau korang mengikuti hanya tiga benda ini dengan konsisten, maka korang akan dapat melihat perubahan pada badan korang. Ingat, pengawalan kalori ini bukan sebab nak dapatkan badan yang cantik sahaja, tapi juga badan yang sihat. Jadi, korang dah kena start ambil kisah tentang kesihatan, alrite?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my