D-Life

Lepas hangat berasmara, apa nak buat kalau kondom tersekat dalam Vagina?

Oleh  | 

BAGI yang baru kahwin, hubungan intim kali pertama memerlukan persediaan mental dan juga fizikal. Tak boleh main redah saja. Adakah anda tahu, kejadian kondom tersekat ni boleh terjadi tanpa sedar. Yelah, nama pun baru kahwin, takkan terus nak ada anak, kan? Sebab tu kondom tu penting.  Lepas hangat berasmara, tiba-tiba baru sedar ada kondom tersekat dalam vagina. OMG! Such a nightmare!

Bila benda ni jadi, benda pertama yang korang kena buat ialah jangan panik! Kalau korang menggelabah, benda akan jadi makin parah. Sis ada beberapa cara dan langkah daripada pakar untuk membantu korang kalau terjadinya tragedi ni!

Boleh ke korek guna jari?

Menurut pakar sakit puan, Alyssa Dweck, ada cara sebenarnya nak handle benda ni.

via GIPHY

Jadi apa yang korang boleh buat ialah mandi air panas untuk buat tubuh badan korang lebih tenang. Lepas tu, pastikan kuku dan jari dibersihkan. Kemudian, guna jari telunjuk dan sapu perlahan-lahan sekitar vagina korang. Kalau korang dah dapat rasa di manakah kedudukan kondom tu. Pastikan jari korang ‘mencangkuk’ kondom tu dan tarik ke luar.

Jangan pandai-pandai guna tweezers. Sebab kalau tersalah, ia boleh megakibatkan pendarahan yang dahsyat.

via GIPHY

Macam mana kalau ia masuk terlalu ‘dalam’ dan tak boleh dicapai melalui jari?

Macam biasa, jangan panik. Mungkin kondom itu dia dah dekat dengan servik dan sukar dicapai oleh jari korang. Jadi, apa yang korang boleh buat ialah pergilah berjumpa pakar puan. Biasanya mereka dilengkapi dengan alat untuk ‘memancing’ keluar kondom yang tersekat ala-ala pap smear.

via GIPHY

Apa jadi kalau kondom dah keluar?

Kalau kondom dah keluar, korang kena buat pemeriksaan tau sebab takut ada jangkitan bakteria atau kulat. Walaupun biasanya ia akan terjadi kalau kondom tersekat terlalu lama, tapi pergilah berjumpa doktor untuk kepastian tiada apa-apa jangkita pada vagina korang.

via GIPHY

Apa nak buat supaya benda macam ni tak jadi lagi?

Pastikan pasangan kita pakailah saiz kondom yang betul. Kalau besar sangat nanti, sebab tu la tercabut. Lepas habis melakukan hubungan seksual tu, korang kena make sure tau yang tiada apa-apa tertinggal dalam vagina.

Juga, apa yang paling penting ialah share artikel ni dekat semua orang supaya masing-masing tahu apa nak buat kalau benda macam ni terjadi! Ingat, sharing is caring!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my