Serious?!

Lepas kantoi curang, ‘delete gambar’, apa lagi Aliff Aziz oi?

Oleh  | 

Aduh, aduh sayang, mengapa kau curang?

TAK  habis lagi nampaknya kisah rumahtangga Bella Astillah dan Aliff Aziz ini. Lepas kes curang dengan pelakon bernama Oktovia di sebuah kelab malam, Bella nampaknya mendedahkan lagi kes curang suaminya menerusi aplikasi Ig Story.

Namun begitu, wanita yang bersama-sama Aliff di Johor itu masih tidak dapat dipastikan identitinya.

Aliff bagaimanapun tidak memuat naik sebarang kenyataan. Namun, pelakon itu dilihat telah memadam kesemua gambar Bella Astilah di laman Instagramnya. Ia termasuklah gambar ucapan hari lahir untuk Bella Astillah. Tindakan itu telah mewujudkan tanda tanya dan spekulasi antara netizen. Aik, apa kes pula ni?

Namun begitu, Bella masih lagi menyimpan gambar-gambar Aliff di Instagram miliknya. Kali terakhir gambar mereka dirakam bersama adalah pada 20 Februari lalu.

Apapun, semoga pergolakan dalam rumahtangga mereka dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Terdahulu, Aliff mendirikan rumahtangga dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean.

BACA: Ini kronologi kontroversi perangai temberang Aliff Aziz

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my