Serious?!

Lepas Kylie, kini Hailey Baldwin pula bakal ada produk kosmetik sendiri!

Oleh  | 

TERINSPIRASI daripada kejayaan rakan selebriti Kylie Jenner, model Hailey Baldwin yang juga merupakan isteri kepada penyanyi Justin Bieber merancang untuk mengeluarkan produk kosmetiknya sendiri iaitu ‘Bieber Beauty’.

Model berumur 21 tahun itu dikatakan telah menghantar surat izin untuk mendirikan syarikat itu sejak berkahwin dengan Justin Bieber.

Produk terawal Bieber Beauty yang bakal dikeluarkan Hailey ialah lip kits, palet eyesshadow, blush on, dan bronzer.

Cinta dan minat Hailey kepada dunia kosmetik sudah lama berputik sejak dia terjun ke dalam dunia model lagi. Melihat perjalanan Kylie dalam membangunkan empayar kosmetiknya membuatkan Hailey yakin bahawa dia juga mampu meraih hal yang sama.

Bagi menjayakan impiannya, Hailey telah melakukan kajian selain berbincang dalam menyusun pelan strategi untuk mencapai impiannya dalam dunia kosmetik.

Wah, tak sabar nak tengok dan cuba sendiri produk keluaran Bieber Beauty ni! Kudos Hailey!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my