Inspirasi Dhia
Lepas Miss Universe, kini sekali lagi gadis kulit gelap dinobat Miss Wold 2019!
NAMPAKNYA stereotaip perempuan cantik mestilah berkulit putih bakal berubah apabila pertandingan ratu cantik berprestij dunia telah mengangkat mereka yang berkulit gelap untuk menyarung tahta juara.
Selepas Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan memenangi gelaran Miss Universe tahun ini. Kini, Toni Ann Singh dari Jamaica telah dinobatkan sebagai Miss World 2019 sekaligus menyingkirkan pesaing terdekatnya iaitu Ophely Mezino dan Suman Rao.
BACADinobat Miss Universe 2019, Ini 4 perkara tentang Zozibini Tunzi!
“Jamaica, kita berjaya melakukannya! Terima kasih kerana telah mempercayai saya. Kalian mendorong saya untuk mempercayai diri,” katanya ketika memuat naik posting di akaun Instagram rasminya.
Janji bersuara isu perempuan dan anak
Miss World nampaknya begitu bersemangat untuk memperjuangkan isu berkaitan perempuan dan anak.
Singh merupakan perempuan keempat yang meraih gelaran tersebut. Dia dilahirkan di Morant Bay sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada usia 9 tahun.

FOTO: gulfnews.com
Tidak hanya cantik, rupanya gadis ini juga bercita-cita menjadi seorang doktor dan menyambung pelajaran di Florida State University.
Singh juga memiliki bakat dalam bidang nyanyian sehingga membolehkannya memenangi Fast Track Top Talent Miss World 2019.
Tahniah!





Komen Terkini