D-Life

Lepas Parasite menang Oscar, ini 5 filem thriller lain yang korang kena tengok

Oleh  | 

FILEM Korea bertajuk Parasite membuka lembaran sejarah baharu apabila dinobatkan sebagai Filem Antarabangsa Terbaik di Oscar  2020. Sejak itu, industri perfileman Korea tidak lagi dipandang dengan jelingan yang sama. Semua mata telah tertumpu dan mengarah kepada kehebatan hasil anak seni mereka.

Sebenarnya, tidak hanya Parasite. Banyak lagi filem-filem thriller dari negara itu yang sememangnya menggetarkan dan membuat korang tak keruan. Ini 5 cadangan filem thriller Korea yang korang boleh tengok weekend ini.

Oldboy

Filem ini sebenarya diadaptasi dari komik Jepun yang mempunyai nama yang sama. Mengisahkan tentang Oh Dae-su yang dikurung dalam ruang yang seakan-akan bilik hotel tanpa mengetahui siapa yang mengurungnya. Ada banyak keganasan yang ditampilkan dalam filem ini yang diselang-selikan dengan cinta.

I Saw The Devil

Filem ini pula mengisahkan kehidupan seorang ejen NIS yang kekasihnya dibunuh dengan kejam oleh pembunuh bersiri. Kisah ini menceritakan bagaimana mereka membalas dendam terhadap kematian kekasihnya.

Mother

Ha, ini cerita tentang seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak istimewa yang dituduh melakukan pembunuhan. Filem ini menunjukkan usaha seorang ibu mencari pembunuh yang sebenar bagi menyelamatkan dirinya dan anaknya.

New World

Ini cerita tentang seorang lelaki yang menyamar bagi menjalankan sebuah misi. Banyak teknik dan strategi digunakan supaya identitinya tidak terbongkar.

The Chaser

Ini sebenarnya kisah benar tentang pembunuh bersiri bernama Yoo Young-chul. Salah seorang pelacurnya hilang dan bermulalah misinya untuk mencari pembunuh bersiri yang membunuh gadis tersebut.

Mungkin ada babak dalam filem ini yang tak menyenangkan. Pesanan sis, jangan tengok waktu makan. Takut korang hilang selera!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my