D-Life

Lepas roti Gardenia, snek Super Ring mungkin diserbu orang ramai

Oleh  | 

SELEPAS kehabisan roti Gardenia akibat diserbu, mungkin selepas ini orang ramai akan serbu snek popular di zaman kanak-kanak iaitu Supering.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak memuat naik satu gambar dimana beliau sedang bersantai sambil menikmati snek Supering.

Tindakan itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen terhadap gambar tersebut. Ada yang geli hati namun ada pula yang menyatakan bekalan snek tersebut sudah habis!

Sumber: Facebook

Ada netizen yang mempersoalkan mengapa mesti memilih snek tersebut dan rata-rata ramai terhibur dengan pemilihan tersebut. Selain dari itu, ada juga yang menyatakan sukar untuk mencari bekalan snek Supering dan berkemungkinan ada kaitan dengan penularan wabak COVID-19.

Sumber: Facebook

Terdapat juga komen netizen yang menyatakan bahawa bekalan snek tersebut sudah habis dijual di kawasan Johor Bharu.

Sumber: Facebook

Walaubagaimanapun ada juga yang menyatakan masih bekerja dan berusaha untuk menghantar bekalan makanan yang mencukupi. Sis juga terhibur apabila melihat satu komen netizen bergurau menyatakan Dato Seri Najib Razak telah memborong semua snek Supering sehinggakan tiada lagi stock dijumpai.

Sumber: Facebook

Di samping itu ada juga netizen yang mengadu tentang penularan COVID-19 dan disebabkan Perintah Kawalan pergerakan bagi membantu membendung penyebaran wabak tersebut, sepasang suami isteri terpaksa menghantar anak mereka ke rumah orang tua.

Namun apa yang kelakarnya adalah apabila beliau dalam tidak sengaja dikurung dirumah apabila si isteri terbawa kunci dan mengunci rumah ketika keluar bertugas!

Sis harap korang duduk dirumah elok-elok dan sentiasa menjaga kebersihan diri. Elakkan daripada keluar atau bercampur ya!

Sumber:Facebook

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my