Serious?!

Lepas tanya peguam dari 5 syarikat, Diva AA akhirnya minta maaf

Oleh  | 

KETEGANGAN yang berlaku antara Azwan Ali atau Diva AA dengan Datuk Seri Vida akhirnya pulih apabila pengacara itu membuat sidang akhbar untuk memohon maaf secara terbuka semalam.

Permohonan maaf itu dilakukan berikutan tindakan Azwan Ali sebelum ini yang memuat naik video di laman sosial miliknya yang menghina fizikal Cik B, berkata buruk tentang arwah anak DSV yang maut dalam kebakaran dan membakar minyak wangi keluaran syarikat DSV.

“Dengan ini disaksikan oleh beribu rakyat jelata. Diva AA tersohor dengan ini memohon maaf terbuka.

“Permohonan maaf ini dibuat setelah mengkaji banyak perkara dengan peguam saya dari 5 syarikat.

“Ini bukan soal kalah menang,” katanya seperti yang dirakamkan menerusi Instagram Budiey.

BACA: Dia telah maki hamun, Vida saman Azwan Ali!

 

View this post on Instagram

 

Video Diva AA Memohon Maaf Secara Terbuka. – Sumber Video MGTV

A post shared by Budiey Channel (@budiey) on

Apabila ditanya adakah Azwan Ali bersedia untuk bertemu muka dengan usahawan terkenal itu? Diva AA mengakui dia okay saja malah menantikan peluang itu.

“Berdamai itukan lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Vida telah mengambil tindakan saman malu terhadap Azwan Ali dan meminta pengacara itu  membuat pemohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam dan menandatangani surat akuan terbuka menarik balik kenyataan dan video yang dimuat naik ke laman sosial.

Azwan Ali bagaimanapun telah memadam video berkenaan di hadapan semua wartawan.

Dah selesai pun kes ini, ha kan tenang hidup lepas dah berbaik ni!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my