Be-You-Ty

Letih lah kalau setiap minggu kena cukur bulu

Oleh  | 

MENCUKUR bulu di bahagian tangan, kaki dan muka sememangnya menjadi kegemaran gadis-gadis zaman kini. Siapa je yang tak nak kelihatan cantik kan? Baru confident! Tapi kalau setiap minggu nak kena bercukur, letih juga sis! Sebab tu lah ada macam-macam rawatan membuang bulu diperkenalkan seperti waxing, threading, shaving dan sebagainya.

Tapi pernah tak korang guna kaedah rawatan Intense Pulse Light (IPL)? Ha! Mungkin korang akui bahawa IPL merupakan cara yang terbaik dan efisien untuk membuang bulu berbanding cara lain. Walaupun harga IPL lebih mahal namun hasilnya lebih memuaskan dan paling penting tidak menyebabkan keradangan kulit ye.

Korang nak tahu tak, selain daripada kaedah IPL terdapat satu lagi kaedah terbaru untuk menghilangkan bulu pada tubuh kita? Haa, baru-baru ini kaedah Advanced Fluorescence Technology (AFT) telah diperkenalkan di Strip Ministry of Waxing dan apa yang mengujakan sis, kaedah ini lebih best dan tak sakit langsung tau.

By the way, sis dah rasai sendiri pengalaman buat benda ni. Sebab tu berani cakap. Bilik nak bercukur pun lawa lagi daripada bilik sis tau. Nak dijadikan cerita sis memang berdebar-debar masa nak buat rawatan ni lebih-lebih lagi part lampu merah tu. Siap staf dia pakai kacamata hitam bagai, memang nampak seram.

Mula-mula sis tertanya-tanya juga, apa yang membezakan kaedah rawatan ini berbanding IPL. Tapi kedua-duanya menggunakan cahaya untuk membuang bulu-bulu pada tubuh kita. Masa yang diambil pun sama je okey. Cuma AFT dia guna teknologi yang lebih advance sikit. AFT menggunakan teknik in motion untuk menyampaikan tenaga melalui beberapa saluran sehingga mencapai tahap yang diperlukan. Ingatkan laser rupanya teknik cahaya je. Sis suka bila part dia letak gel sejuk gila dekat kulit. Nyaman je rasa nak tidur terus. Hiks!

Bukan tu sahaja, teknik AFT juga mampu menyerap tenaga tersebar dan menukarkannya menjadi tenaga yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan. Bila dah alami sendiri, baru sis tahu kaedah AFT ni tak adalah menakutkan pun. Rupanya AFT ada lagi banyak kelebihan berbanding IPL.

Korang kena rasai sendiri pengalaman menggunakan AFT. Sis dah cuba buat underarm dengan half leg bottom. Pada awalnya agak risau juga nak buat rawatan ni sebab sis ada masalah kulit iaitu eczema. Namun setelah diyakinkan oleh staf strip, sis pun memberanikan diri untuk mencuba kaedah ini. Jangan risau, dekat bahagian eczema tu pun boleh buat walaupun sensitif.

Nak share sikitlah, selepas seminggu bulu-bulu pada bahagian yang korang buat rawatan tu tak tumbuh seperti kebiasannya. Bulu korang akan jadi lebih halus lepas tu gugur sendiri. Korang boleh tengok macam mana bulu korang gugur. Tarik pakai tangan pun boleh tertanggal sis. Betapa rapuhnya gitu!

Menurut  terapi Strip, Abby Lim kaedah AFT mempunyai 12 sesi rawatan dan korang boleh menikmati pengurangan rambut sehingga 80 peratus. Kesannya boleh bertahan dalam tempoh yang lama sehingga dua tahun atau lebih. Jumlah sesi yang disyorkan pula adalah 6 sesi AFT  dalam tempoh 6 minggu sekali. Wah, lepas ni tak adalah pening kepala nak shave setiap hujung minggu.

So kalau korang nak rasa sendiri pengalaman melakukan rawatan AFT, korang boleh pergi ke Strip okay. Confirm masalah bulu satu badan boleh diatasi dengan mudah! Nak keluar rumah pun rasa lebih confident kan?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my