Serious?!

‘Like seriously’? Lady Gaga putus tunang?

Oleh  | 

MULALAH khabar angin bertebaran apabila penyanyi Lady Gaga dikatakan putus tunang kerana tidak kelihatan hadir ke Anugerah Grammy  bersama tunangnya Christian Carino.

Menguatkan lagi sangkaan itu apabila Lady Gaga tidak menyarung cincin tunang di jarinya.

Woho! Sabar dulu. Sebelum korang fikir bukan-bukan dan dengar lagu Shallow atau I’ll Never Love Again berulang kali, jom kita selidik dulu kebenarannya.

Mana cincin tunang?

Orait, memang mencurigakan bila seorang perempuan yang biasanya pakai cincin tiba-tiba dah tak pakai cincin. Ia memang petanda besar berkemungkinan pasangan itu sudah berpisah. Tapi, cincin tunang dia kan besar, mestilah dia tak akan pakai sepanjang masa kan? Tak percaya? Okey cuba korang ingat balik waktu Gaga nyanyi lagu Shallow dengan Cooper waktu persembahan di Vegas. Waktu itu pun mana ada dia pakai cincin.

Tak nampak pun Christian dekat karpet merah

FOTO: Cosmopolitan

Gaga dengan Christian memang tak akan jalan di atas karpet merah bersama-sama. Tapi biasanya mereka akan berjumpa di dalam majlis. Lagipun, Gaga ada banyak majlis anugerah yang dia kena pergi. Tak mungkin Christian nak pergi setiap majlis kan? Cukuplah kalau dia hanya pergi SAG Awards dengan Gaga.

Kenapa Gaga tak sebut nama tunang waktu menang?

Memang selalunya mana-mana pemenang pun akan bagi ucapan lepas ambil trofi. Gaga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantunya. Peliknya, Gaga tak sebut langsung nama tunang dia. Tapi ia sebenarnya benda biasa sebab Gaga buat benda yang sama waktu Golden Globes bulan lepas.

Instagram?

 

View this post on Instagram

 

“beneath the makeup and behind the smile i am just a girl who wishes for the world.” marilyn monroe

A post shared by @ christiancarino on

Baru-baru ini Christian ada memuat naik gambar Gaga di Instagram dengan caption daripada Marilyn Monroe. Jadi, macam tak mungkin pula mereka ni dah putus tunang. Korang rasa macam mana?

Agak-agaknya diorang ni putus ke tak?

Sumber: Cosmopolitan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my