Be-You-Ty

Lipstik? Duh, buat sendiri je pemerah bibir kamu!

Oleh  | 

Gincu memang aset penting bagi seseorang gadis. Yelah, selain daripada dapat menaikkan warna bibir, gincu juga dapat menutup bibir yang kusam dan tak bermaya.

Apa? Lipstik kamu dah habis? Hah, janganlah panik, sis. Tahu tak, sebenarnya kamu boleh buat sendiri gincu kamu dengan menggunakan bahan-bahan dari dapur je! Mari kami tunjukkan ramuan dan caranya.

 

Kelopak mawar dan susu

FOTO: Pexels

Ambil segenggam kelopak mawar merah dan susu, hancur lumat kedua-duanya sampai sebati. Bila dah dapat warna merah yang kamu, simpan dalam peti sejuk semalaman. Lumurkan pes kelopak mawar tersebut pada bibir dan biarkan selama 20 minit. Ini supaya bibir kamu lebih lembap dan merah.

 

Oren dan delima

FOTO: Pexels

Gabungan oren dan delima juga sangat bagus sebagai pewarna bibir semula jadi. Kisarkan tiga atau empat ulas oren bersama 10 biji delima sehingga menjadi pes. Pes yang dapat, masukkan dalam ice tray dan masukkan dalam freezer dan biarkan selama 10 minit. Kemudian cuci dengan air sejuk.

 

Mint dan madu

FOTO: Pexels

Gunakan satu sudu besar dan satu sudu teh madu dan kacau sampai mesra. Sapukan pada bibir, biarkan selama 10 minit dan cuci dengan air sejuk. Percayalah selepas seminggu, bibir kamu pasti berkilat dan merah malah sihat dan cantik!

 

Sumber: Shopify

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my