Serious?!

Lisa Blackpink selebriti Kpop paling disayangi, miliki ramai pengikut di Instagram

Oleh  | 

MEMILIKI jumlah pengikut 28.7 juta di Instagram secara tidak langsung melayakkan Lisa Blackpink menjadi artis Kpop paling berpengaruh sejak tahun 2018.

Bukan itu sahaja, Lisa diumum sebagai pemenang anugerah Akaun Paling Disayangi pada majlis tahunan penganugerahan Korea 2019 baru-baru ini.

“Ia merupakan suatu penghargaan yang amat besar apabila akaun Instagram saya dipilih sebagai akaun paling digemari ramai

“Terima kasih atas sokongan anda, saya akan terus berusaha untuk menjadi penghibur dan akan sentiasa meluangkan masa untuk berinteraksi dengan peminat.

“Bukan sahaja peminat daripada Korea tetapi di seluruh negara!” ujarnya.

Lisa mula mendaftar akaun Instagram pada Jun 2018 dan pengikutnya mula bertambah dengan angka yang banyak dalam masa kurang setahun.

Selain Lisa, Rose yang juga ahli Black pink turut memenangi anugerah video paling disukai.

Rose juga berkata dia akan sentiasa memuat naik posting yang menarik untuk pengikutnya di Instagram.

“Saya hanya merakam momen ketika kami bergembira di Coachella… tak sangka peminat menghargai video itu sehingga saya berjaya meraih anugerah ini.

“Saya akan terus memuat naik posting dengan content yang lebih menarik untuk anda lihat,” katanya

Blackpink adalah kumpulan berpengaruh di Korea yang ahlinya terdiri daripada Rose, Jennie dan Jisoo.

Sumber: Mstar

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my