Serious?!

‘Love is in the air!’ Sarah bongkar ini sebab dia pilih Shuib jadi suami 8 tahun lalu…

Oleh  | 

WAH! Bunga-bunga cinta mekar di konti Hot FM hari ini apabila penyanyi Siti Sarah datang memberikan kejutan dengan jambangan bunga untuk Shuib sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Terkejut dengan kehadiran Sarah, Shuib terus berdiri dan memeluk isterinya.

 

View this post on Instagram

 

Waahh!! Pagi-pagi dah dapat surprise, happy anniversary @shuibsepahtu dan @sitisarahraissuddin yang ke-8 #GengPagiHot #GelakPecahHabis

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

So, special lah sikit Geng Pagi Hot pagi ini apabila mereka saling berkongsi kisah percintaan mereka.

Shuib dari padangan Sarah

Mengakui bahawa pada awalnya Sarah tidak terlalu terpikat dengan Shuib, namun mungkin ini jodoh yang ditetapkan oleh Allah membuatkan Sarah terbuka pintu hati menerima Shuib.

 

View this post on Instagram

 

@sitisarahraissuddin share macam mana boleh jatuh hati dengan @shuibsepahtu #GengPagiHot

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

“Benda yang paling sweet dan tak dapat dilupakan. Waktu itu kami baru pindah dan rumah itu kosong tak ada apa-apa. 

“Kemudian Shuib cakap, I janji dengan you, satu hari nanti I akan penuhkan rumah ini.

“Di saat ini, dia bukan hanya penuhkan rumah, tapi dia belikan saya rumah dan anak-anak.

“Untuk melihat Shuib di sini hari ini, saya memang dah jangka sebab dia seorang yang bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan,” katanya di konti Hot FM pagi tadi.

Berbeza pula dengan Shuib. Sewaktu membuat keputusan untuk menikahi Siti Sarah lapan tahun lalu, dia mengakui bahawa dia tidak mempunyai apa-apa termasuklah rumah dan kereta. Namun, dia meyakini keputusannya untuk menjadikan Sarah ibu yang baik untuk anak-anaknya.

“Kalau nak diceritakan, memang boleh jadi novel cinta,” kata Shuib diiringi gelak tawa Geng Pagi Hot yang lain.

 

View this post on Instagram

 

Ini sebab utama @shuibsepahtu pilih @sitisarahraissuddin #GengPagiHot #GelakPecahHabis

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Manja!

Bercerita tentang sikap dan perangai Shuib di rumah, Sarah mengakui bahawa suaminya merupakan seorang yang manja namun serius jika ingin menyelesaikan masalah.

“Dia sangat baik hati dan dia tak suka cakap fasal orang. Kalau dengar orang cakap fasal orang lain, dia akan bangun dan pergi tempat lain.”

Mengakui bahawa apa yang dimilikinya hari ini adalah disebabkan sokongan Sarah, Shuib mengucapkan terima kasih atas apa yang dilakukan oleh Sarah untuk membantunya selama ini.

“Tips kejayaan saya adalah you. You akan percaya dan support I.  Jadi, I janji akan jadi suami yang lebih baik sampai ke akhirat,” kata Shuib.

Alololo, comel betul diorang ni. Team Dhia mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada Shuib dan Sarah dan selamat bercinta hingga ke syurga!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my