Serious?!

Lucu! Ini yang jadi bila Permaisuri pula offer nak hadiahkan jersi bola dekat Mufti

Oleh  | 

KALAU korang masing ingat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri telah dihadiahkan sebuah jersi pasukan Liverpool oleh pasangan suami isteri yang membawa anak mereka untuk ditahnikkan.

Sebenarnya sebelum ini pun Mufti tersebut pernah berkali-kali memuji kelincahan dan kehebatan pasukan bola sepak itu.

Rupanya Tweet Mufti itu mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah yang memang terkenal dengan sifatnya yang ramah di laman sosial. Menerusi akaun @cheminahsayang, raja Permaisuri ingin memberikan hadiah T-shirt bola sepak untuk Mufti.

Terharu dengan pertanyaan Tunku Azizah, Zulkifli menjelaskan bahawa beliau adalah peminat pasukan Liverpool namun tidak menolak sekiranya Tunku Azizah ingin memberikan jersi pasukan lain.

“Patik maklum Tuanku minat Arsenal dan berbesar hati menerima apa sahaja kurnia Tuanku seumpama jersi Arsenal, Pahang atau JDT,” jawab Zulkifli.

“Ok Dato, saya akan usahakan,” jawab Tuanku Azizah pula.

Apa yang lebih lucu ialah komen netizen selepas itu. Ada yang berseloroh kononnya mufli bakal menerima jersi keseluruhan pasukan yang dinyatakan di dalam Tweetnya.

Macam-macam betul gelagat mereka. Tak sabar pula sis nak tengok apakah jersi yang Mufti kita akan dapat. Mungkinkah Arsenal?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my