Serious?!

“Maaf, sangat penat,” Akibat terlalu sayang, bapa tembak kepala anak dan isteri

Oleh  | 

KEJADIAN mengerikan berlaku di Palembang Indonesia apabila seorang lelaki yang bernama Fransiskus Xaverius Ong dikatakan menembak mati isteri, anak, dan anjing peliharaannya sebelum membunuh diri.

Ong walau bagaimanapun sempat menuliskan nota yang menyatakan bahawa dia sudah penat dan meminta maaf atas kesalahannya. Di dalam nota itu juga turut menegaskan bahawa dia begitu menyayangi anak dan isterinya.

FOTO: Oh Bulan

Menurut pembantu rumah lelaki berkenaan, Ong hanya bermain piano seperti kebiasaan yang dilakukan setiap kali ditimpa masalah. Malam itu juga, Ong memanggil semua pekerjanya dan memberikan mereka sejumlah wang.

Bukan itu sahaja, Ong sempat menghantar pesanan kepada rakan-rakannya menerusi aplikasi whatsapp sekitar jam 3 pagi memohon kemaafan dan mengenang kebaikan yang pernah dilakukannya.

FOTO: Oh Bulan

Menurut Ketua Polis Sumatera Selatan, Inspektor Jeneral Zulkarnain Adinegara berkata hasil siasatan menyatakan Ong telah merancang pembunuhan dengan berhati-hati. Dia terlebih dahulu menembak isterinya sebelum menembak  kepala anaknya yang sedang tidur dari jarak dekat

Ong kemudian melemaskan anjing di dalam tab mandi sebelum mengunci diri di dalam bilik sebelum membunuh diri. Kejadian hanya disedari keesokkan pagi apabila salah seorang pembantunya menemui mayat anak ketika mahu mengejutkannya untuk ke sekolah.

FOTO: Oh Bulan

Setakat ini, motif pembunuhan masih belum jelas namun mungkin ada kaitan dengan pertengkaran Ong dan isterinya akibat orang ketiga.

 

Sumber: Oh Bulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my