Serious?!

“Macam Cinderella nyanyi dekat taman” Video cover Tokti buat netizen cair

Oleh  | 

KALAU korang yang jenis suka dengar lagu versi akustik sebab akan buat kita lebih ‘feel‘, korang memang boleh geng dengan sis. Sebab itulah sis ni seorang pendengar Jamming Hot yang setia sebab diorang bawa artis dengan  nyanyian lagu akustik.

Baru-baru ini penyanyi kesayangan negara pula Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau Tokti ada upload satu video nyanyian cover versi akustik sebuah lagu Indonesia bertajuk Cinta Luar Biasa nyanyian asal oleh Andmesh.

“Pertama kalu dengan lagu ini, saya jatuh cinta kerana melodinya indah dan lirik yang istimewa. Saya nak dedikasikan kepada subscriber saya tak kira lelaki dan perempuan,” katanya

Video berdurasi sekitar lapan minit itu dirakamkan sebagai menghargai subscriber Siti Official Video  yang sudah mencecah 100,000. Penyanyi Biarlah Rahsia itu juga berjanji akan memuat naik banyak lagi video nyanyian akustiknya setiap kali angka subscriber mencecah sebanyak 100,000.

Dalam video berkenaan, Siti Nurhaliza bernyanyi secara outdoor iaitu di taman diiringi gitar yang dimainkan oleh seorang anak muridnya yang juga merupakan bekas penuntut Akademi Seni dan Warisan (ASWARA).

Video tersebut telah mendapat 96 ribu tontonan sejak ia mula dimuat naik dua hari lalu. Banyak komen yang diberikan peminat. Ada juga yang kata Tokti macam seorang Cinderella yang nyanyi di taman dan buat burung-burung gembira. Amboi!

Ternyata ramai juga yang cair dengan lagu Bukan Cinta Biasa versi Tokti ini!

Alahai seronoknya! Best juga kalau ada suara sedap macam Tokti kan? Boleh nyanyi dekat taman feeling Cinderella macam ni. Apapun, suara Tokti memang terbaik!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my