Serious?!

Macam konsert sendiri! Nyanyian budak ini dapat pujian MK K-Clique

Oleh  | 

BANYAK sebenarnya bakat-bakat cilik yang boleh dicungkil sejak zaman sekolah. Paling beruntung kalau bakat itu sudah mula dapat dihidu dengan bantuan guru-guru.  Dulu pernah viral video seorang kanak-kanak perempuan menyanyikan lagu nyanyian Rossa bertajuk Takkan Berpaling Dari Mu.

Baru-baru ini viral pula video seorang pelajar lelaki menyanyikan lagu Haa Tepuk. Dalam pakaian seragam sekolah, aksi budak lelaki itu dilihat cukup bertenaga seolah-olah itu adalah show miliknya sendiri. Diiringi pula dengan suara kawan-kawannya yang turut menyanyikan lagu itu bersama-sama.

Video yang dimuatnaik oleh Faris Hakimi itu telah dikongsikan hampir 13 ribu pengguna Twitter.

Difahamkan budak lelaki berumur 10 tahun itu ialah salah seorang pelajar di sebuah sekolah di Tawau, Sabah.

Bermacam-macam respon positif diberikan oleh warganet mengenai persembahan pelajar itu.

Salah seorang penyanyi asal lagu Haa Tepuk , MK dari kumpulan K-Clique nampaknya begitu teruja dengan nyanyian budak itu dan memujinya menerusi akaun Twitter beliau.

Kami pun sempat jumpa MK depan mata dan minta dia berikan reaksi dengan nyanyian adik kita. Ini kata MK.

Korang rasa macam mana? Hebat kan nyanyian adik kita ni?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my