D-Life

Macam mana emoji boleh wujud sehingga ke hari ini?

Oleh  | 

KORANG mesti pernah dengar pepatah yang mengatakan sekeping gambar mengandungi seribu makna kan?  Mungkin pepatah ini merupakan pepatah yang biasa tetapi sebenarnya jika kita teliti semula sesebuah gambar, ianya mungkin mengandungi pelbagai maksud tersirat atau tersembunyi. Atas sebab itulah emoji telah dicipta buat peetama kalinya pada tahun 1999 di negara Jepun  oleh Shigetaka Kurita.

Pada awal tahun 1990 an, generasi kita pada ketika itu hanya menggunakan perkataan sahaja bagi menyampaikan sesuatu mesej menerusi maya. Kurita bekerja di NTT CoToMo, sebuah syarikat komunikasi mudah alih yang besar di Jepun. Kurita merupakan salah seorang ahli yang ditugaskan untuk membangunkan sistem mudah alih yang pertama untuk  Syarikat itu.

Kerana sistem mereka terhad kepada 250 aksara sahaja, Kurita telah mendapat idea untuk mewujudkan idea bagi memudahkan pengguna berkomunikasi secara ringkas dan berkesan. Bermula daripada itu, 176 emoji bersaiz 12×12 piksel telah diperkenalkan.

shigetaka kurita melakar gambar emoji

Haa, untuk korang yang belum tahu, hari ini iaitu 17 Julai merupakan hari emoji sedunia. Emoji sebenarnya berasal daripada perkataan Jepun. E bermaksud gambar manakala moji pula bermaksud  watak. Sebenarnya sebelum emoji, orang ramai menggunakan emotikon dahulu. Emotikon mempunyai fungsi yang sama dengan emoji tetapi ianya hanya menggunakan aksara biasa. Contohnya seperti 🙂 dan <3. Alah, generasi yang lahir 90 an mesti biasa gunakan emotikon masa guna telefon nokia dulu kan?

Pada penghujung tahun 2000, emoji telah berkembang luas di Amerika kerana sistem IOS Apple juga telah menggunakan emoji untuk sistem mereka. Emoji mula digunakan di seluruh dunia pada tahun 2010 apabila Unocode telah menetapkan ianya sebagai sebuah standard untuk berkomunikasi secara maya dengan menggunakan watak .

Contoh-contoh emoji baru hasil rancangan WhatsApp.

Ini merupakan jumlah pengguna yang menggunakan emoji diseluruh dunia pada tahun ini. Wahh, ramainya!

Zaman sekarang ni semua serba mudah. Tak perlu taip panjang-panjang pun untuk sampaikan sesuatu perkara. Guna je pelbagai emoji yang ada untuk ekspresikan perasaan korang. Bila fikir semula, rasa tak lengkap bila menaip sesuatu pesanan dengan tidak meletakkan emoji pada hujung ayat kan? Nampak tak betapa pentingnya penggunaan emoji untuk masyarakat hari ini?

Selamat hari emoji sedunia! Emoji apa yang jadi favourite korang untuk hari ini?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my