Be-You-Ty

Macam mana kulit muka nak cantik, kalau jaga pun tak reti

Oleh  | 

PENJAGAAN kulit wajah merupakan perkara yang amat penting bagi kaum wanita. Siapa je tak nak kelihatan cantik kan? Sebab tu korang kena lakukan rutin penjagaan wajah dengan betul supaya kulit korang terjaga dengan baik. Sebelum memulakan solekan, pastikan korang gunakan penyegar dan pelembab terlebih dahulu untuk mengelakkan kulit wajah menjadi breakout. 

Namun, menggunakan skincare sahaja tidak cukup girls. Korang kena tambah effort sikit untuk dapatkan kulit wajah yang cantik. Jangan risau, tak perlu keluar duit beribu-ribu pun. Asalkan korang jangan tinggal rutin penjagaan kulit korang setiap hari okay.

Sebenarnya, masker wajah pun merupakan salah satu perkara yang perlu kita titikberatkan dalam penjagaan kulit wajah kerana ada banyak manfaat. Korang nak tahu tak apa kebaikannya? Dekat sikit!

Tegangkan kulit

Kalau korang nak tahu, khasiat yang terkandung dalam masker boleh membantu menegangkan kulit wajah kita tau. Selain itu, masker juga boleh membantu menghilangkan kedutan dan garis halus di wajah kita. Haa, so kalau korang yang ingin kekal kelihatan awet muda tu, jangan lupa gunakan masker.

Buang sel kulit mati

Masker juga boleh bertindak sebagai detoks kulit. Ianya membantu membuang sel kulit mati pada wajah kita. Bila sel kulit mati dibuang, semestinya kulit wajah akan kelihatan lebih berseri dan manawan gitu.

Cerahkan wajah

Korang jangan tak tahu pula, selain menjadikan kulit wajah kita kelihatan segar dan awet muda, masker wajah juga boleh mencerahkan kulit kita. Sewaktu memakai masker, kulit wajah kita akan lebih relax dan menyerap khasiat yang ada pada masker.  So makin kerap korang pakai masker, makin cerah la kulit wajah korang!

Meredakan tekanan dan mengatasi kelesuan wajah 

Gaya hidup dan tekanan yang dialami boleh menjadikan kulit wajah kita menjadi lesu dan kusam. Untuk mengatasi masalah ini, gunakan masker yang mempunyai bau-bauan yang menarik seperti coklat. Selain membantu menyihatkan kulit wajah, bau daripada masker juga boleh memberi ketenangan ketika kita memakainya.

Rugi tau kalau tak gunakan masker sebagai salah satu cara untuk menyihatkan kulit korang. Paling tidak pun, gunakan sekali dalam seminggu untuk menyegarkan kulit korang tu. Namun perlu diingat, memakai masker lebih daripada 35 minit tidak digalakkan kerana masker yang kering akan menyerap kembali kelembapan kulit kita dan menjadikan kulit kita kering.

Kalau korang terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk melakukan facial di rumah, jangan risau. Superdeals ada menawarkan 90-Minutes Hydrating Facial + Double Mask Application tau. Dengarnya harga facial ini juga tidak masuk akal guys. Bayangkan daripada RM 488 menjadi RM 38 sahaja selepas diskaun! Mana nak dapat facial yang murah macam ni girls. Baik korang grab cepat sementara masih ada ni okay? 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my