D-Life

Macam mana nak bagitahu kawan sekerja korang ada ‘breast cancer’?

Oleh  | 

NAK menerima hakikat kita menghidapi sesuatu penyakit pun sudah sukar. Apatah lagi untuk berterus-terang perkara ini kepada orang terdekat. Benda yang selalu bermain dekat kepala korang mestilah:

“Alamak, perlu ke aku bagitahu budak office tentang penyakit aku ni?”

Korang kena tahu bahawa segala keputusan untuk memberitahu sesiapa sahaja tentang penyakit korang adalah hak korang sendiri. Tapi dalam urusan kerjaya, korang memang kena buka mulut perkara ini kepada bos dan juga rakan sekerja bagi membuat mereka faham jika produktiviti korang merudum atau korang akan mengambil cuti lebih kerap untuk menghadiri sesi rawatan di hospital.

via GIPHY

Tapi ia juga bergantung kepada tahap keselesaan korang. Korang pun kena bersedia bahawa selepas korang kongsikan perkara ini, rakan sekerja korang mesti akan memberi reaksi yang berbeza. Ada yang bersimpati dengan korang namun ada juga yang akan menjauhkan diri kerana tak selesa jika kau bercakap tentang kanser.

Kalau korang sudah berani untuk memberitahu tentang kesihatan korang kepada bos dan rakan sekerja. Ini adalah beberapa perkara yang mungkin korang nak pertimbangkan.

via GIPHY

Cari tempat yang selesa macam dekat kafeteria dan juga restoran. Keadaan tempat yang tak selesa dan bising akan mengganggu mood korang untuk berterus terang.

Jumpa kawan-kawan dalam kelompok yang kecil macam dalam 3 orang untuk bercakap tentang penyakit ini. Bukan apa, kalau mereka ada nak tanya soalan yang lebih terperinci, kita masih boleh handle lagi. Tapi kalau betul-betuldah selesa nak beritahu kawan-kawan yang lain. Silakan.

via GIPHY

Beritahu mereka yang korang akan tetap lakukan yang terbaik untuk menyelesaikan tanggungjawab dalam kerjaya korang. Yelah, mesti ada kawan-kawan sekerja yang mungkin risau kalau korang tak boleh nak lakukan kerja seperti yang diharapkan. Korang kena yakinkan dekat mereka bahawa penyakit ini bukan satu alasan untuk korang buat kerja sambil lewa.

Jelaskan kepada mereka perubahan yang bakal korang hadapi seperti rambut korang akan makin gugur dan korang akan kehilangan berat badan. Benda ini penting supaya mereka tak terkejut dan tanya perkara yang bukan-bukan dekat korang. Lepas korang dah terangkan perkara ini, harapnya mereka boleh la berhenti bertanya dan faham perubahan diri yang korang alami.

via GIPHY

Jelaskan kepada bos korang perancangan rawatan supaya dia akan jelas tentang tarikh yang korang mungkin tiada di pejabat. Ini penting untuk memastikan kerja korang tidak mengganggu atau membantutkan mana-mana projek syarikat. Bos orang pun akan bersedia dan maklum hari apa yang korang tidak akan berada di pejabat.

Dengan melakukan beberapa tips yang dicadangkan, korang akan lebih tenang untuk pergi bekerja selepas ini. Korang tak perlu nak berdalih untuk memikirkan alasan kenapa korang selalu tiada di pejabat. Bukan itu sahaja, nak pula rezeki korang dapat bos dan rakan sepejabat yang baik. Mereka mesti akan menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada korang. Siapa tahu!

Sumber: Hello Doktor

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my